Teruja! Itu satu perkataan yang boleh aku gambarkan untuk hari pertama sessi persekolahan tahun 2009. Teruja pasal di"terujakan" oleh gelagat anak-anak aku yang terlalu excited nak ke sekolah.
Dah seminggu dan sampai la malam tadi, anak-anak aku melaram dengan kasut dan baju sekolah yang baru. Yang paling terOver Excited ialah anak aku ke-3, Ainin Darwisyah yang baru berumur 3 tahun 4 minggu dan 2 hari pada hari ini (ikut kiraan lilypie.com). Alaa.. keciknya nak sekolah, belum pun cukup 4 tahun. Tapi cara dia menunjukkan confident kat aku dan isteri menyebabkan kami terpaksa akur dengan desakannya.
Jadi pagi2 ni, semua bangun pukul 6 pagi. Memang tak de masalah langsung nak mengejut dan suruh mandi. Semua beres pukul 6.30 pagi.
Ketiga-tiga anak aku ni semua sekolah Cina. Si Kakak Ainin Sofiya sekarang dah darjah 2 di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, manakala Si Aiman Haziq dan Ainin Darwisyah pula di sekolah tadika Cina. Ini antara percaturan berani aku dan isteri untuk melihat masa depan anak-anak lebih cerah dari seribu atau berpuluh ribu anak-anak Melayu bersekolah di sekolah Melayu. Biar mereka ada satu kebolehan yang jarang ada pada anak-anak Melayu lain. Kebolehan berbahasa Mandarin, kemahiran dan minat pada matematik yang tinggi, kemahiran bergaul dan menyesuaikan diri pada persekitaran asing yang cepat, berkeyakinan tinggi, lebih mudah menonjolkan diri dan yang paling berharga ialah menyemai sifat-sifat usahawan dari kecil lagi melalui rakan-rakan yang berlatar belakangkan usahawan.
Aku renung diri aku yang dari kecil sampai keluar masuk Universiti di sekolah Melayu. Siapa kengkawan aku? Memang susah la nak dapat kawan yang menjadi usahawan. Leh kata 90% balik-balik kerja kilang, balik-balik kerja kerajaan. Aku rasa ini adalah satu punca pintu hati aku lambat terbuka untuk menceburi bidang usahawan sebenar. Pengaruh sekeliling yang tidak menyokong dan menggalakkan. Bila sebut je aku nak meniaga, mesti response yang diterima sangat negatif. Susah, bangkrap, ramai yang gagal.. fuhh payahh. So, aku tak nak ulang kesilapan lalu. Aku dan isteri guna strategi baru.
Berbalik kisah anak ke sekolah. Hemmm.. memang tak de masalah. Sampai aku meleleh air mata tengok seorang-seorang anak aku sekolah dengan sungguh semangat. Tak de langsung kes menangis-nangis, Alhamdulillah.
Aiman yang baru berpindah sekolah Cina yang baru terus ambil tempat duduk dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan bilik dan rakan-rakan baru yang tak de Melayu.
Ainin Darwisyah yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan hanya blur dalam 5 minit pertama sahaja. Lepas tu, terus capai permainan yang ada di depannya dan layan diri sendiri.
Aku dan isteri hanya perlu luangkan masa 10 minit dan terus balik ke rumah. Beresss...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
razali
January 6, 2009 at 4:15 PM
camner plak ilmu akhirat..skrg ni ramai org berlumba anto anak skloah agama.. comment please !
A.Manan
January 7, 2009 at 2:17 PM
Terima kasih zali25152 bertanya. Dunia dan Akhirat perlu seiring. Untuk kami yang menjadi rakyat negeri Johor sungguh bertuah. Bila berumur 7 tahun, kami perlu hantar anak-anak kami ke Sekolah Agama Kerajaan Johor. Anak sy Ainin Sofiya dah pun masuk darjah 2 di sekolah agama. Sekolah agama Johor unik, jika gagal dalam peperiksaan akhir tahun darjah 1 contohnya, murid tersebut akan kekal dalam darjah 1 juga. Tidak akan dinaikkan ke darjah 2. Sy sendiri pun orang Johor dan berjaya lulus sampai ke Darjah Khas. Kalau zaman perang dulu, sijil darjah Khas ni laku. Dah boleh jadi Guru Agama. Sy dengar cerita, kalau nak kerja dengan kerajaan Johor sekarang ni pun, dia orang akan minta Sijil Sekolah Agama Darjah Khas. Cuma sy yakin pendedahan agama lebih kuat pengaruhnya di rumah. Kita nak anak kita kuat agamanya, pastikan kita juga jaga solat dan ngaji Al-Qurannya di rumah. Kepimpinan melalui teladan. Pelajaran agama di sekolah kadang-kadang sekadar satu rutin seorang anak. Secara amnya, keperibadian ibu bapa dalam beramal, mempengaruhi kelakuan anak-anak dalam ilmu akhirat. Sudah 90% pasti mak-bapak yang suka berkaraoke di rumah, anak-anaknya juga lebih suka berkaraoke juga dari mengaji Al-Quran.
Ms L
January 9, 2009 at 10:06 AM
yeaaa...en editor!!! syabas.. me also like u..my 1st son, i antar ke kindergaden (majoriti- chinese)..he's now going to be 5 yrs old.. b4 that i left him with my maid at hse..1st maid..ok..no probs..after 4 yrs, dia nk balik coz dia pon ada ank kecil! my 2nd maid..fooooh...terer giler..not even 2 wks dgn i..dah pandai kuar umah n mencuri..di pendekkan citer dia wat hal yg mmg i tokleh maafkan langsung..than i send her back to t agent. than i have no more maid!!..kelam kabut carik nesery..1st nesery..malay...u know what happened??? almost every week my kids fever..flu..cough... tak berenti!! bergilir ngan adik nya (2 yrs)mmg i tak tahan..i tgk pon my son tadak progress langsung!! Now i'm happy with my son..i dah hantar dia ke one nesery nih..for me i puas ati la..mmg nesery nih chinese nya (tapi ada gak mayu n oso ada student mayu gak tapi tak ramai la)..after 2 wks i send him..he can wrote a..b..c.. Can speak english flueace..More mannest!!
n the important things..NO MORE FEVER...alhamdulillah..
agreed also with zali comments, i tgh carik sek agama utk my son..coz kat ipoh nih bukan mcm johore... like my childhood time...sampai darjah khas!!Tapi apa yg buat i worried skarang nih.. my works is so tight..selalu blk lewat..kesian kat my son..huhuhuuuu..agak2 saper leh bagik i keja yg tak payah balik lewat...hehehee..."keja gomen"..anyway..as a parents..mmg kita nk tg terbaik buat ank2 kita kan...like our parents also..harap2..anak kita berjaya dunia dan akhirat..insya allah...