Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak


Cukup mencabar kesabaran aku menunggu surat Hitam Putih dari Tabung Haji bagi mengesahkan status penerbangan Haji. Dalam hati ada was-was, samada dapat ke tidak. Perlu tak aku war-warkan kepada sahabat2 dan jiran2 tentang berita baik ini tanpa pengesahan rasmi. Eee ngerinya kalau terberitau tapi tak jadi. Memang malu.

Haji Adalah Jihad
Daripada Aishah r.a berkata ia kepada Rasulullah S.A.W bahawa: "Kami percaya bahawa berjihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasulullah S.A.W bagi kami sebaik-baik jihad itulah HAJI MABRUR". (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Inilah antara Jihad yang paling besar sepanjang hidup aku, Insya Allah. Haji ini juga paling bermakna disebalik pelbagai dugaan dan rintangan dalam perniagaan dan keluarga, aku pergi mengiringi dua orang wanita antara yang paling ku sanjungi iaitu Ibu ku sendiri dan juga Ibu Mertua ku.


Dalil Wajib Haji
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk" Surah Ali Imran:Ayat 97


Atas kewajipan yang ditetapkan oleh Allah, Insya Allah pada Rabu 11 November 2009 jam 7.25pagi aku akan melaporkan diri di Lapangan Terbang Senai sebelum berangkat terbang terus ke Mekah. Aku akan berada di Mekah/Madinah selama 44 hari. Penerbangan menaiki pesawat MH8064 dengan nombor pernerbangan KT64.

Insya Allah akan terbang pulang melalui Jeddah pada 23 Disember 2009 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada 25Disember 2009 jam 7.25 pagi.

Semoga perjalanan ini dirahmati dan dibawah lindungan Allah SWT.

Di kesempatan ini aku memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada rakan-rakan online dan offline. Yang aku kenal dan juga tidak. Rasanya mustahil tiada yang terguris perasaan sepanjang perkenalan kita, baik dari segi perkataan atau perbuatan. Maafkan aku. Halalkan juga apa-apa yang termakan dan terminum.

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang. Doakan segala ibadah ku diterima Allah dan dikurniakan Haji yang Mabrur.

Segala yang baik dalam kehidupan seharian dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan Insya Allah akan ku doakan buat semua.

Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

Info percuma dari Kerajaan. Tak yah download dan tak de komisen diberikan. Ikhlas menyedarkan dan mendidik dari http://h1n1.moh.gov.my/

=================================================

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini seramai 150 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 222 kes telah discaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 627 kes di 70 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 29 pesakit atau 5% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 29 orang pesakit Influenza A(H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 6 kes atau 20% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi. Untuk makluman, kesemua 6 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut: kanak-kanak bawah 5 tahun (2), obesiti (1), seorang (1) hamil/post-natal , seorang (1) berumur bawah 5 tahun dengan penyakit kronik dan seorang (1) dengan penyakit jantung.

Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

sumber: http://h1n1.moh.gov.my/

Aku jarang rasa "feel belonging" yg kuat sangat pasal sesuatu bisnes yang aku join. Tapi dengan Ceramic ni, aku rasa lain sket. Macam terextreme. Bukan aku sahaja, leh kata majoriti distributornya, usaha semampu boleh nak bangunkan bisnes Ceramic yang pernah dijatuhkan ini. Buktinya, e-mart Ceramic yang memerlukan modal agak besar pun (>RM250K), distributor sanggup laburkan . Dia orang nampak masa depan dan potensi loyalty customernya yang bertambah.

Bulan ni ada 2 buah emart dilancarkan secara rasmi:

Gambar e-Mart Batu Pahat


1. e-mart Dungun 12 October 2009
Alamat: No. 16, Taman Mesra 2, Balai Besar, 23000 Dungun, Terengganu

2. e-Mart Jerantut, 31 October 2009
Alamat: No. 78, Jalan Zapin Indah Utama, Bandar Inderapura, 27000 Jerantut. Pahang

sumber maklumat: http://www.cbf228.com/ibms/user_news.php

Jadi yang berdekatan dengan e-Mart di atas, selamat bershopping sakan ttthehe. Siapa berminat nak join bisnes Ceramic yg ada kedai-kedai jejak atas tanah, boleh klik banner di bawah.





Sekarang ni boleh kata setiap hari aku dapat panggilan promo dari ntah memana sykt . Kekadang dari kad kredit kekunun suruh sahkan kad kita, kekadang dari sykt agent telco kekununnya wakil dari Celcom la, Telekom Malaysia la.. memacam lagi lah.

Dedulu aku macam ganas sket la, kekadang aku cut off je call tue. Kekadang aku cakap tak nak, lagi dia tanya kenapa..kenapa.. aikk.?!! Selalunya berakhir dengan tengkingan tp meninggalkan emosi tak stabil pada aku pulak.. ttthehe aku pulak yang stress.

Tp semenjak dua menjak ni, bila aku guna cara lebih sopan ni. Aku tak rasa pepe, rasa tenang je. Tu yang aku nak share cara paling tenang menangani masalah telemarketing yang tak diundang ni.

Caranya: Bila dapat panggilan dari telemarketing ni. Kita sambut la bebaik. Orang datang cara baik, kena la layan cara baik. Dia beri salam, kita pun jawab la salam. Tp bila dia dah start citer pasal tujuan dia tefon, dari mana dan untuk apa. Masa tu kita letak je HP tu atas meja ke letak dalam poket ke. Biar telemarketing tu bercakap sorang2.

Baru jap ni, ada call dari sykt telco kekununnya nak invite pergi seminar nak bukak kedai. So aku pun buat la macam kat atas ni. Aku letakkan HP tepi tangan aku je sambil browsing komputer, jadi leh dengar juga lah mamat tu bercakap sorang. Cuma dia cakap agak kuat last2 tu, yg aku dengar, " En. Manan, En. Manan.. ada lagi tak ni.. En. Manan, En. Manan, En. Manan.. tut..tut..tut..tut..tut... " tttthehe.. Tak rasa stress pun.. Ahakss..



Bisnes ceramic kini "kembali" dengan lebih mantap. Walaupun telah jatuh dan dijatuhkan, tetapi bingkas bangun dengan lebih bergaya. Dengan status company Berhad, anda akan saksikan sendiri prestasi yang sangat progresif dan dinamis berlaku mulai sekarang.

Sekarang web promosi group telah diluluskan oleh pihak syarikat. Kepada downline-downline saya dari website jutawanceramic.net, sila daftar semula di laman web ini http://usahawanseramik.net. Saya akan mengaktifkan secepat mungkin supaya anda boleh bermula dengan segera.

Kepada mereka yang belum lagi menyertai group paling mantap ini, sila daftar di sini juga http://usahawanseramik.net

Team Program Usahawan Seramik

Nak citer berita gembira dulu peristiwa hampir2 nak raya. Citer yg bestnya ialah aku baru pi collect Voucher Giant kat Emart Ceramic kat skudai. Tttthehe.. nanti korang akan selalu lah baca citer aku shopping lagi dengan voucher Giant, Parkson, dan KFC lepas ni

Citer tak gembira pertama ialah hasrat nak pakai baju Melayu sedondon dengan isteri ngan anak-anak untuk tahun ni tak tercapai.. Kureengg! Penat je bini aku bershopping sakan beli kain "oren" untuk tema tahun ni. Kain jenis mahal pulak tue.. trend masa kini.. ttthehe..

Korang nak tau apa hal.. butik yang bini aku hantar jahit tu, tergajikan orang yang tak tau menjahit.. . Orang yang tak tau menjahit, di suruh menjahit. So apa yang terjadi??!!

Isskh lawak sungguh! Habis semua ukuran pekerja tu ambil tak betul. Seluar aku jadi pendek sampai betis, baju aku pulak ketat macam baju kebaya. Masya Allah! Ngucap aku.. Baju 2 anak lelaki aku pun hancus! Sorang seluar dia tak de bontot, lurus semacam jer. Yang lagi sorang, baju dah macam lengan pendek.. ahakss.. lawak gilerr aa.. Aku rasa teruklah reputasi kedai tu, ntah laa wujud lagi ke idak tahun depan. Sebab yang kena bukan keluarga aku sorang, ramaiiii.. huhuuu

Issskh kepada butik-butik pakaian, hati2 semasa mengambil pekerja. Buatlah ujian kompetensi dulu baru ambik jadi pekerja. Kalau sampai merosakkan persiapan hari raya orang lain, memang melampau..

Cerita tak gembira kedua ialah kuih raya tempah tak leh siap. Adeyy.. nyusah betul la. Last minit cakap pulak. Aku bukan nya ada masa nak pergi beli belah last minit. Pekerja memanjang tak cukup je, kena kerja kat kiosk. Ni pun bini aku bising, tak tau nak hidang kuih apa masa raya nanti.. ahakss..

So lesson for next year, jgn terpedaya dengan tawaran harga murah dan beli melalui 3rd party atau agen2 ni. Dia orang pun tak leh komit apa-apa. Elok beli terus dari yang tukang buat kuih tu sebab senang kau nak parang kalau tak siap atau beli je yang dah siap, tak payah memikir nak tempah dan tak dapat buat. Fed up betul raya tahun...

Tak de mood aku nak tulis lagi..tthehe... Apa-apa pun kami sekeluarga nak ambil kesempatan nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

Pendedahan yang dibuat oleh franchisee-franchisee yang menjadi mangsa franchisor parasit melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuatkan aku terloncat-loncat. Yessss! Ini lah tindakan yang sepatutnya dilakukan. Dedah seluas-luasnya masalah dalaman industri franchais negara yang indah khabar dari rupa.

Dah banyak kali aku dengar keluhan kawan-kawan franchisee aku yg kena buat macam bola oleh franchisor. Tapi timun mana leh lawan durian. Pusing kiri - kanan - atas - bawah, kalah juga. Lapor pada agensi berkenaan pun, kengkawan cerita bukannya dilindung tp kena marah la pulak.. ttthehe..

Nah sekarang korang blacklist la nama-nama franchaisor yg kuar kat paper online nih. Nasihat aku, kalau tak de cash selepuk kat tangan dan tiada multiple income, jangan ngegada nak masuk franchise. Aku dah "terlanjur", tak leh patah balik. Baik niaga pisang goreng tepi jalan, lagi untung...

Sebab tu aku ajak buat multiple income macam http://enter.mysvr2u.net , sebab aku sendiri seorang franchisee huwaarghh....

PNS: Hentikan biaya francais

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) diminta memberhentikan pembiayaan bagi beberapa sistem francais di bawah kelolaannya kerana didapati tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada francaisi.

Ia berikutan terdapatnya keadaan seolah-olah francaisor menjadikan francaisi umpan untuk mendapatkan dana kerajaan dengan mudah.

Kebimbangan itu disuarakan oleh lebih 30 usahawan yang kini bimbang kemungkinan diistiharkan muflis berikutan kegagalan mereka meneruskan perniagaan yang disertai.

Bekas francaisi Marrybrown, Jukebox, Watershop, VV Shop, Camps Apparel, Sinma dan Kwikstop berharap pendedahan yang dibuat akan membuka mata pihak berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian.

Setiap usahawan kini menanggung hutang sekitar RM100,000 hingga RM450,000 setelah didakwa terdapat penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh syarikat induk atau francaisor itu.

"Sepatutnya, di dalam perniagaan francais mestilah wujud keadaan menang-menang tetapi dalam keadaan ini keuntungan lebih memihak kepada francaisor," dakwa bekas francaisi Jukebox, Hapsah Jaafar kepada wartawan hari ini.

Katanya, para francaisi kerap menghadapi kerugian yang tidak munasabah dan kurang jelas seolah-olah "dicipta" oleh francaisor.

"Antaranya, francaisi akan berhutang belian stok kerana ia tidak dibenarkan memilih dan mengawal stok sendiri. Sebaliknya ia dikawal dan ditentukan oleh francaisor.

"Had belian stok yang tidak dikawal dan dipantau serta penghantaran stok hampir setiap hari telah menyebabkan belian melebihi jualan. Akhirnya francaisi berhutang dengan francaisor."

Beliau amat berharap PNS tidak lagi meneruskan sistem francais yang membabitkan syarikat-syarikat induk tersebut supaya lebih ramai lagi bakal francaisi akan terselamat.

Hapsah yang terpaksa menutup perniagaan selepas setahun beroperasi berkata, bagi sistem francais Jukebox, katanya, PNS membiayai 11 peserta di mana kini lapan telah menutup perniagaan.

"Tiga lagi rakan kami sedang "nyawa-nyawa ikan" dan akan berakhir dengan nasib yang sama." Francaisor bagi Jukebox adalah Harian Shoes Sdn. Bhd., yang menjual kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak serta aksesori.

Peserta PNS pula rata-rata merupakan bekas siswa dan siswazah.

"Bayangkan pada usia yang muda, kami kini telah dibebankan dengan hutang yang tidak sepatutnya," kata bekas francaisi Marrybrown Restaurant, Md Hizal Mustafa.

Katanya, kini terdapat lapan buah outlet Marrybrown yang terpaksa ditutup walau pun kurang dua tahun beroperasi berikutan menghadapi masalah yang hampir serupa dengan francaisornya.

"Jika kami dikatakan tidak mampu untuk menjalankan perniagaan, bagaimana PNS boleh yakin kepada kami dan meluluskan pinjaman kami." "Malah sebahagian daripada kami menggunakan wang poket sendiri bagi memulakan perniagaan sebelum pinjaman PNS diperolehi," katanya.

"Bayangkan berapa banyak wang pelaburan kerajaan untuk PNS terbuang tanpa hasil. Jika francais berjaya dan kami mampu membayar balik pinjaman, bukankan ia menguntungkan semua pihak."

Md Hizal berkata, terdapat juga francaisi bukan di bawah kelolaan PNS menghadapi masalah yang sama.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menganjurkan sidang akhbar pada hari ini berharap pihak kementerian yang berkaitan dapat menyelesaikan kemelut francais dan francaisor ini.

"Pihak pembiaya umpamanya perlu melihat semula sistem francais secara keseluruhannya. Mereka perlu sekurang-kurangnya gariskan tahap kejayaan francaisi itu, adakah ia berjaya setakat pinjaman berjaya diperolehi atau bagaimana?," kata Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PNS sebelum ini katanya, telah memberi pemahaman kepada peserta bahawa mereka akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS serta syarikat induk yang dipilih."

Namun dengan situasi buntu ketika ini melihatkan pihak terbabit termasuk kementerian berkaitan, dan PFM seperti melepaskan tangan, katanya.

Bekas usahawan yang terlibat telah mengajukan permasalahan mereka kepada PNS, PFM malah kementerian terbabit, tetapi tiada sebarang tindakan di ambil.

"Mungkin akta francais perlu diubah," kata Nadzim. - Bernama

SUMBER: 9 Sep 2009 Utusan Malaysia Online

Ni link utk ke PPIM >> No.739
Kenyataan Akhbar Berhubung Permasalahan Industri Francais Yang Melibatkan Usahawan Francais Bumiputera
Tuesday 08 September 2009 - 23:02:22


Haa lupa link? Ni aa utk multiple income http://enter.mysvr2u.net


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid