Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Kalau Valentine's Day, ramailah orang-orang Melayu yang ingat. Tapi hari untuk meraikan kelahiran Rasul Allah yang akan memberi Syafaat di akhirat kelak, selalunya lupa. Walaupun perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi kerana Ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Ada yang kata boleh dan tak boleh, Alhamdulillah negara kita telah mewartakan sebagai satu hari cuti umum yang diraikan setiap tahun sebagai satu bidaah hasanah untuk memuliakan Nabi Muhammad S.A.W dan mengingatkan umat-umatnya dizaman pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Semoga hari cuti umum yang diwartakan tidak dicemari oleh perkara-perkara haram dan maksiat.

Kat bawah ni adalah informasi SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1430H/2009M yang akan diadakan pada esok 9 Mac 2009 yang disalin semula dari web JAKIM. Sesiapa yang ada kelapangan dapatlah bersama-sama memeriahkan sambutan untuk Rasul kita yang dicintai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1430H/2009M

1. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

2. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

3. Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan diadakan pada 9 Mac 2009 (Isnin) melibatkan kira-kira 100,000 peserta yang akan berhimpun sejak awal pagi di hadapan Masjid Negara untuk kontinjen VIP dan beberapa Masjid sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur. Perarakan dari Masjid Negara sejauh kira-kira 1.0 kilometer itu bermula dari Jalan Lembah melalui Jalan Hishamuddin ke Jalan Raja dan terus ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

4. Perarakan akan bermula jam 7.15 pagi dan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri-menteri Kabinet dan tetamu kehormat lain.

5. Sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. kontinjen berkenaan juga membawa sepanduk dengan cogankata yang mewakili pertubuhan masing-masing berasas kepada tema sambutan “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

6. Perarakan akan berakhir kira-kira jam 9.00 pagi disusuli majlis perasmian perhimpunan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah. Selain itu VVIP lain yang turut hadir ialah Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri serta isteri dan Menteri-menteri Kabinet.

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid