Si Abu (bukan nama sebenar) dulu kerja kilang bertungkus-tungkus siang malam ambil OT nak kaya, tapi tak kaya2. Tapi lepas kena berhenti kerja kilang, dia jadi insuran agen dan tak sampai setahun si Abu ni jadi Top Achiever Agent dalam insuran.Kenape ek? Cuba renung-renungkan senario ini. Aku pun sebenarnya dah "lalu" juga senario ni. Pilih kursus ikut cakap kawan kerana tak tau minat bidang apa. Belajar bagai nak rak dari Diploma dalam negara ke Degree luar negara tapi tak tau nak jadi apa bila habis belajar. IQ bijak tp cuma jadi manager kilang. Gaji pulak pun tak sampai 5 angka. isskh.. budusnya
Pastu bila Si Leman tengok Si Abu berjaya gegiler dalam bidang insuran, dia pun berhenti jawatan Guru yg dah disandang berbelas tahun dan pernah dianugerahkan Guru Cemerlang Negara, terus join industri insuran jadi agen juga. Malangnya nak dekat 5 tahun pun, pendapatan sekadar cukup makan dan gaji guru lagi besar dari gaji insuran sekarang.
So apa point nyer ek?
Kalaulah si Abu tahu potensi dan kekuatan diri dia adalah pergaulan dan komunikasi sesama manusia, dah lama si Abu berhenti bercakap dengan mesin kat kilang tu. Kalaulah si Leman tahu yg kelemahan utamanya ialah malas follow up dan jumpa client, elok dia jadi cikgu jer sampai jadi guru besar! Dan aku pulak, sudah mesti aku pilih kursus yg aku minat dan terus jadi usahawan.. ttthehe
Pointnye kat sini ialah setiap individu itu unik. Kelemahan pada seseorang, mungkin kekuatan pada seseorang yang lain dan begitu juga lah sebaliknya.
Kenalilah potensi diri anda. Gunakan Strength/Kekuatan diri dengan sebaiknya. Jangan ikut pepatah "kalau dia boleh, aku mesti boleh" sebelum menilai kemampuan kita atau "Belum Cuba Belum Tahu" jika anda dah tahu anda lemah sesuatu bidang itu. Memulakan dengan weakness/kelemahan diri hanya melambatkan kita mencapai kejayaan. Banyak masa dan tenaga akan dibuang utk memperbaiki kelemahan terlebih dulu yg kadangkala gagal diperbetulkan pun.
So bagaimana nak kenal potensi diri..
1. Aku guna SWOT, leh baca kat sini SWOT Analysis (guna free template yg diberikan)
2. Cara yg popular sekarang ttthehe Rahsia Tarikh Lahir
Dah kenal apa Strength atau Kekuatan anda? Baru mudah anda memilih kerjaya dan perniagaan anda. Kerjaya dan bisnes yg anda lemah, boleh lupakan terus.. ttthehe
So sekarang anda boleh teka kenapa sy pilih MyMode dan Daily Fresh sebagai bisnes terpilih dan anda juga boleh teka apa strength yg saya ada sehingga boleh dikatakan berjaya di dalam bisnes2 ini. (perasannn.. ttthehe)
p.s. Tolong jgn ajak aku join MLM jenis jumpa2 orang atau jual produk2 kesihatan, please aa.. tu aku nyer weak bisnes. Aku lebih kenal diri aku dari korang ahakss..
Farah Deeb
July 15, 2009 at 9:46 AM
Bagus info ni. Mekaseh Sifu!
Mohammad Syahman bin Abu Hasan
July 16, 2009 at 7:43 AM
Baguih2! menarik nih. bnyak blh membantu.Cermin diri sebelum ikut orang lain :-)
MUST READ
August 25, 2009 at 5:32 PM
tunggu saya keluarkan buku tentang tarikh lahir nie..murah je dari e-book