Malam tadi lepas sahur, kecoh satu isi alam rumah. Bila wife aku menjerit panggil aku. Aku yang malas-malas kerana perut penuh ralib depan komputer pun terlari-lari anak ke dapor. Wife aku kata dia ternampak ada ekor di sebalik dinding kat dapor tue. Aku syak mesti ekor tikus. Dengan confident aku pun melompat menyergah makhluk tu.. Gulpp!!.. bukan tikus aaa.. ULARRR! Tapi tak le besar.. ular hitam besar lidi jer.. Walaubagaimanapun membuatkan aku panik juga. Usaha menangkap gagal, kerana kelicikan ular itu menyelinap keluar rumah melalui pintu dapor. Alhamdulillah, apa-apa pun selamat dari sebarang bencana kepada keluarga terutamanya anak-anak.
Memang ada serabut juga kat bawah sinki tu dengan botol-botol plastik yg wife aku kumpulkan untuk kitar semula. Ada juga kotak2 magerin yg aku tingkatkan kat dapor tu. Lepas peristiwa ular tadi tu, timbullah keinsafan kami laki bini untuk membuat housekeeping yg tertunda beberapa ketika akibat kesibukan. Maka operasi housekeeping pun bermula.
So inilah hasilnya, penuh satu van dengan kotak-kotak yang aku kumpul kat luar rumah.
Aku pun pack semua barangan, terus la ke pusat barangan terbuang dekat2 sini. So hasil jualan, amatlah lumayan. Dengan satu van sarat dengan kotak, plastik dan tin kosong, aku mendapat RM25.90 dengan mudahnya.. ttthehe
Kalau korang perasan, sekarang ni trend mencari barangan terpakai untuk dijual semula dah jadi satu profession yg sungguh lumayan. Tak payah sebarang sijil, kursus, contact dan boleh dapat RM100 atau lebih sehari. Kekadang pendapatan pengutip barangan terpakai ni hidup lebih mewah dari orang yang kerja bergaya di pejabat. Dan korang tau kenapa sekarang ni, masalah kecurian kabel elektrik TNB semakin berleluasa walaupun kerja mencuri kabel ni boleh mengakibatkan kematian? Cuba lihat harga sekilo tembaga kabel elektrik kat senarai di bawah!
Sekarang korang faham la..kenapa nyawa lebih murah dari kabel tembaga!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jαnnαhツ
March 6, 2012 at 3:23 PM
mahal jugak la kabel letrik rupanya. tapi xberbaloi untuk mati demi mende macam nie.. huhu... dala mati dalam maksiat. sia-sia jer...