Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Aku memang dah tahu yang web Maybank2u.com akan mengalami perubahan hari ni sebab beberapa hari sebelum ni ada diberitau pada laman web yang lama. Cuma aku tak tau la macam mana perubahan yang akan berlaku.

So hari ni aku masuk la laman web www.maybank2u.com.my . Hemm.. sekali imbas nampak biasa je kerana design templatenya macam bentuk blog yang selalu kita tengok. Cuma boleh diberi pujian cara organisasi layout web yang lebih tersusun. Tajuk perkhidmatan dan features yang diberikan lebih menonjol dan mudah difahami dan mudah dicari.

Bila kita login sebelah dalam, dia punya bentuk macam image di bawah ni. Nampak jelas terbahagi kepada bahagian-bahagian dan disertakan penerangan ringkas intipati kandungan setiap tajuk utama. Kalau kita nak buat urusniaga perbankan, kita klik Accounts & Banking.


Bila kita klik Account & Banking keluar pulak, interface yang lebih mudah dan simple macam image di bawah ni. Tertera semua akaun yang kita ada dan jumlah RM yang ada sekarang.

Menu yang ditunjukkan lebih relevan dengan apa yang kita nak buat dan ianya lebih tepat. Tak semacam laman web sebelum ini, menu dipaparkan sepanjang-panjang page, tapi tak berkenaan. Buat penat mencari je.

Zaman sekarang ni, semacam wajib bagi semua orang mempunyai akaun bank online seperti Maybank2u. Kita kena gunakan teknologi untuk kemudahan kita. Bayar bil, bayar sewa rumah, hantar duit ke kampung semuanya boleh dibuat semasa kita di rumah. Kalau kita mengeluh harga minyak mahal, mengeluh kewangan dan sempit; kenapa kita tidak gunakan perkhidmatan online ini sebagai salah satu cara mengurangkan kos hidup. Minyak pun tak payah keluar, kos parking pun tak de, masa pun tak terbuang.

Untuk yang nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Wajib ada akaun Maybank2u. Kalau tidak ada, cepat buka akaun sekarang. Cara nak buka boleh baca link yang disediakan oleh M2u ni.

Yang penting jika nak guna perkhidmatan perbankan online ialah ada kesedaran tentang langkah -langkah keselamatan penggunaannya. Baca peringatan dan nasihat oleh M2U di sini.

Kelemahan web yang utama saat ni :: LOADING LEMBAB NAK MAMPUSSS... *&&%^<>*&^

--------------------

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid