Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Jejak Kasih Usahawan

Aku tak lama lagi nak berpindah ke rumah baru. Fuh.. ini dah ke 4 atau ke 5 kali aku pindah randah. Aku pun dah tak larat nak pindah-pindah lagi. Asyik mengemas je. Kotak2 berisi barang dari perpindahan terakhir aku setahun lepas pun ada aku tak bukak lagi. Ni dah nak kena pindah lagi.. fuhhh..

Dalam aku mengemas-gemas buku, fail dan dokumen, sempat gak la aku belek-belek fail-fail lama. Ada byk kursus yang aku attend dan sama banyak lah dengan jumlah fail yg aku dapat. Kebanyakkan kursus yg aku pergi dalam bentuk manufacturing dan management. Maklumlah aku dulu kan mat rempit kilang. Dalam pada tu atas dasar minat, banyak juga kursus keusahawanan yang aku pergi. Paling lama ialah kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) pada tahun 2005. Murah je kursus tu RM250 utk seminggu duduk di hotel taraf ekslusif jugak. Siap makan-minum dan boleh berenang kat kolam lagi. Syok betul lah.

Dalam batch siri 132 ni ada ramai gak participant. Semua kepala bisnes. Ada yang dah buka perniagaan dan ada yang baru merancang. Tapi power aa dia orang ni. Ada yg buka perniagaan minyak pelincir utk dipasarkan, ada yang jadi kontraktor, ada yang buka kedai buku dan printing. Memacam la kepala dia orang ni. Tapi mana pergi usahawan-usahawan ni sekarang selepas 3 tahun berkursus? Aku nak tau gak perkembangan dan kalau boleh nak belajar apa-apa ilmu bisnes yang patut. Kalau la ada kengkawan sekursus SUS tu yang terbaca dan masih teringat gambar reramai kat bawah ni, boleh la contact aku. Kita kena create semula bisnes link ni.


----------------------------

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid