Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Bila ternampak je satu van Pos Laju berhenti depan rumah, aku dah agak aku akan dapat satu hadiah percuma hari ini. Alhamdulillah, kat tangan aku ada satu barang berbungkus rapi dalam plastik pos laju.

Seperti yang aku jangka, aku dah terima sebuah buku dari AdikBijak.Com yang aku pesan 2 hari lepas secara PERCUMA! Ini adalah satu penghargaan kepada aku kerana bersungguh-sungguh mempromosi produk-produk yang dipasarkan oleh AdikBijak.Com melalui link affiliate yang disediakan di beberapa web-web yang aku selenggarakan.
Buku ini, bukanlah yang pertama aku terima. Rasanya sudah lebih dari 4 - 5 kali, buku percuma aku dapat. Memang berbaloi!

Kali ini aku order buku karya Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria bertajuk "Langkah Bijak Usahawan Terbilang". Baca tajuk jer aku dah cukup teruja nak mendapatkannya. Memang tersangat relevan dengan karier aku sekarang. Aku rasa dalam satu peringkat, aku dah berjaya menjadi seorang usahawan. Tetapi aku masih tercari-cari ciri-ciri usahawan yang berteraskan dasar-dasar dan prinsip Islam. Aku ingin menjadi seorang usahawan yang membuat keuntungan secara berpada-pada dan sebagai satu ibadah serta bukan secara kapitalis yang menindas dan mengabaikan aspek kejujuran dan kemanusian. Aku mencari keberkatan dan keredhaan Allah dalam mengumpul kekayaan.

Aku terus selak-selak muka-surat secara imbasan. Memang pandai betullah Dr. Fadzilah dan Muhammad Zakaria ni tarik perhatian aku. Cara susunan buku ini menarik sungguh dan menenangkan mata aku, sebab banyak ilustrasi dan gambar-gambar yang relevan dengan tajuk. Tajuk-tajuk yang dia tulis pulak tu, memang aku nak sangat tau. Antaranya, "Keusahawan menurut perspektif Islam", "17 Sifat Keperibadian Seorang Usahawan", "Analisa Diri", "Amalan Perniagaan Tidak Beretika", "14 Langkah Menyediakan Rancangan Perniagaan", "Punca Masalah Usahawan", "Amalan Bertindak Untuk Murah Rezeki" dan banyak lagi yang makin aku selak, makin aku rasa tak tau la pulak, ttthehe. Paling unik, kebanyakkan maklumat disokong oleh ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Memang tak boleh disangkalkan lagi bahawa Islam memang menggalakkan menjadi Usahawan.

Setakat ni, aku rasa aku dah jumpa buku pelengkap tentang usahawan. Dah berbelas-belas kursus usahawan aku pergi dan buku tentang usahawan aku ada, tapi kandungannya boleh kata serupa. Semuanya berkisarkan macam mana buka perniagaan, pasar produk, buat Rancangan Perniagaan, risiko dan persaingan. Jarang cerita macam mana nak buat perniagaan menurut Islam dan menjadi usahawan Islam.

Aku sangat syorkan kepada usahawan, bakal usahawan dan pelajar sekolah membaca buku ini dan semaikan dalam kepala ciri-ciri keusahawanan Islam. Aku petik satu bahagian dalam buku ini yang juga menyelitkan tulisan Dr. Irfan Khairi, seorang usahawan Internet dalam bukunyer "Nota Jutawan, Nota Motivasi". Apabila Dr. Irfan Khairi ditanya apakah pelaburan yang paling menguntungkan jika anda mempunyai RM1000, RM5000 atau RM10000?

Dr. Irfan Khairi menjawab, beliau akan melaburkan wang tersebut dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi sama ada dengan membeli buku, majalah, kaset, CD, VCD, mengikuti seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. Dengan cara ini, Dr. Irfan Khairi boleh mendapat pulangan mungkin setinggi 100%, 200% atau 300% berbanding melabur dengan perniagaan biasa yang hanya berpulangan 10%, 20% dan 30% setahun sahaja!.

Jadi belilah dan bacalah buku ini. Teruskan tradisi menimba ilmu dan laburlah dengan hanya RM37.00 anda mungkin dapat untung daripadanya berlipat kali ganda!

Ini link bukunya untuk info lanjut dan sinopsis. "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" karya Mohd Fadzilah Kamsah dan "Nota Jutawan Nota Motivasi" karya Irfan Khairi.

ps: Kalau anda nak dapat percuma macam saya, letak je link adikbijak.com dalam web atau blog anda. Caranya pergi ke link ini adikbijak.com, kemudian klik TAB PENDAFTARAN untuk mendaftar sebelum anda dapat link promosi.

Selamat Beramal dan Renung-Renungkan! ttthehe

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid