Motivational Quote:
You cannot run away from a weakness; you must sometimes fight it out or perish. And if that be so, why not now, and where you stand? Robert Louis Stevenson
Salam dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.
Satu lagi buku baru dibuka dan buku tahun lepas ditutup. Yang elok dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Tahun ni aku nak mula lain sikit dan aku nak berazam pada tahun Hijrah. Biarlah aku letakkan azam pada tahun ini pada 1 Muharram tahun Islam daripada tahun Masihi yang selalu aku buat. Biar makna azam Hijrah tu sepadan dengan kehendak Islam.
Jadi untuk memudahkan aku mencapai segala azam (matlamat/visi) tahun ini, aku permudahkan perancangan dengan membahagikan kepada 5 aspek atau 5 rukun beserta perinciannya.
1. AGAMA
- Jika diizinkan Allah, terpilih di dalam senarai rayuan seperti dipohon,aku nak bawa Mak dan Mak Mentua menunaikan Haji ke Mekah pada tahun ini.
- Lama dah tak khatam Al-Quran. Insya Allah, aku nak khatam Al-Quran sekali lagi dalam tahun ini.
- Nak buat korban Hari Raya Haji Tahun ini
- Rumah baru aku pindah ni dekat sangat dengan surau, jadi aku nak selalu berjemaah di surau.
2. KELUARGA
- Menyempurnakan Rumah baru dibeli dengan kemudahan yang selesa untuk isteri dan anak-anak tinggal, belajar dan berkembang. Suasana sangat penting.
- Aku nak luangkan masa rehat antara waktu Maghrib dan Isyak bersama anak-anak. Nak temankan dia orang belajar dan tengok-tengokkan hal pelajaran dia orang.
- Nak lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak dan isteri.
3. KARIER
- Insya-Allah satu lagi cawangan Daily Fresh milik aku akan dibuka di sebuah lagi shopping mall terkemuka di Kulai ini.
- Membuat beberapa satelit (kedai kecil) Daily Fresh di Kulai dan memfokuskan konsep "Ini Wilayah
- Menambah 2 lagi side incomes melalui direct trading product yang telah pun dikenal pasti
- Mengaktifkan aktiviti blogging dan membina networking yang bukan sekadar atas dasar perniagaan semata-mata tetapi kepercayaan dan persahabatan
4. KOMUNITI
- menyertai dengan kerap program kejiranan yang diadakan oleh penduduk setempat
- kalau boleh dapat menyumbang dari segi kemahiran mengurus, kewangan dan tenaga dalam persatuan penduduk setempat.
- Kalau ada Rukun Tetangga, nak join juga lagipun aku ni seorang anggota RELA berdaftar
5. KESIHATAN
- Luangkan masa setengah jam jogging/walking selepas solat subuh berjemaah di surau untuk melonggarkan otot-otot dan menyegarkan badan.
- Mendisiplinkan diri minum banyak air masak dan mengurangkan minuman/makanan manis untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan kengkawannya.
- Waktu kerja malam nak hadkan tidak melebihi pukul 12.30 pagi. Kena berhenti dan tidur. Tidur yang tak cukup boleh kurangkan produktiviti dan kreativiti berfikir.
Aku harap azam sempena Maal Hijrah tahun ini dapat dilaksanakan. Aku percaya, matlamat yang ditulis dan dibaca setiap hari akan sentiasa mengingatkan aku kewajipan melaksanakan azam-azam tersebut daripada di simpan dalam kepala dan aku pun lupa. Bila lupa, setiap tahun dok ulang azam yang sama. Buang masa jer..
0 comments
Post a Comment