Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Di sepanjang jalan dan sekitar kawasan perumahan saya sekarang ini, secara tiba-tiba muncul beberapa warung nasi lemak (dalam 5 buah) pada sebelah pagi, warung pisang goreng (dalam 7 buah) di sebelah petang dan warung burger (10++ buah errkk!) di sebelah malam. Heran juga dan tertanya-tanya dalam diri, dari mana datangnya peniaga-peniaga ini.

Sy sempat berbual dan bertanya beberapa peniaga segera ini, sejak bila meniaga dan macammana boleh meniaga kat sini. Jawapannya ialah angkara kegawatan ekonomi dan menjadi mangsa VSS, Retrenchment dan Kilang menutup operasi.

Simpati juga dengan nasib mereka. Dalam keadaan terdesak, kehidupan perlu diteruskan walaupun telah menyumbangkan bakti kepada kilang tempat mereka bekerja berbelas-belas tahun, sekarang mereka perlu bermula dari kosong dengan cara hidup yang baru.

Yang pasti bukan mudah untuk menyesuaikan diri dan menstabilkan keadaan ekonomi dengan usahaniaga yang baru dimulakan beberapa minggu.

Dijangka bila keadaan ekonomi semakin parah, lebih ramai yang akan mengalami nasib yang sama. Pakar ekonomi menjangkakan kesan dari kemuraman ekonomi global akan dialami oleh Malaysia secara kritikal selepas tempoh 3 - 6 bulan ianya dialami oleh Amerika dan Eropah. Jadi beringatlah dan bersedialah dari sekarang mencari peluang-peluang perniagaan yang mantap.

Salah satu tempat mencari peluang perniagaan yang sesuai boleh didapati dengan mendedahkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik. Satu daripadanya adalah program Gerak Usahawan anjuran MECD bermula 14 - 16 January 2009 di Terengganu seperti iklan di bawah.


Perlu diingat bahawa lawatan anda mungkin satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit sekiranya anda tidak membuat sebarang persedian pergi ke program tersebut.

Pastikan anda membuat perancangan Visi dan Misi anda ke program tersebut. Saya cadangkan persiapan yang perlu dibuat antaranya:

Visi: Mengenalpasti perniagaan yang feasible dengan kemampuan, kemahiran diri dan minat untuk diceburi
Misi:

1. Shortlistkan beberapa perniagaan (yg mengambil bahagian) yang anda rasa sesuai dengan anda. Info di http://www.mecd.gov.my/index.php
2. Bila sampai ke lokasi program, cari perniagaan yang anda pilih dan dapatkan informasi antaranya seperti berikut:
-latarbelakang perniagaan dan syarikat
-kemantapan jenama dan sokongan kepada anda
-jumlah modal yang diperlukan dan kos-kos yang terlibat
-cara menentukan lokasi perniagaan, berapa yang telah sedia ada dan prestasi perniagaannya
-pengiktirafan yang telah dimenangi untuk lihat kestabilan syarikat
-peluang bantuan kewangan
-syarat2 untuk memohon pinjaman
-kursus-kursus yang perlu diikuti sebelum boleh memohon pinjaman
-dan lain-lain info yang anda rasa penting.

Bila anda balik ke rumah, cuba renungkan maklumat-maklumat yang anda terima dan dapatkan gambaran sekiranya anda ingin meneruskan hasrat menjadi usahawan.

Tanpa pendedahan awal seperti ini dan usaha dari sekarang, anda mungkin menghadapi masalah yg amat rumit untuk bermula bila tiba masa anda di VSSkan. Bersedialah dari sekarang dan bila sampai saatnya ilmu keusahawan yang tersemai boleh memisahkan dan meletakkan anda lebih kehadapan dengan memulakan perniagaan yang lebih berdayasaing, sistematik dan memberi pulangan yang berbaloi. Jika tidak, mungkin anda terpaksa bermula dengan warung nasi lemak, pisang goreng dan burger yg nampak mudah tetapi terlalu sengit persaingannya. Fikir-fikirkan lah yang terbaik untuk anda dan keluarga.


0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid