Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Fitrah kanak-kanak memang suka dipuji. Tetapi ramai ibu bapa kurang menyedari dan mempergunakan "soft spot" ini untuk mendidik anak-anak ke arah sifat-sifat positif yang perlu dibentuk dari peringkat permulaan. Mungkin kerana ibu bapa itu sendiri tidak pernah melalui pengalaman dipuji secara terbuka ketika melakukan sesuatu perkara yang baik di depan orang tua mereka. Apa yang mereka mungkin terima cuma caci maki, sebatan dan kesakitan hasil balasan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh orang tua mereka. Kesimpulannya benda baik dilakukan tiada ganjaran, benda jahat dilakukan balasannya on the spot!

Aku sedar perkara ni bila aku hari-hari berhadapan dengan karenah kanak-kanak Amerika yang berumur 4 - 5 tahun semasa bekerja part time di Child Care Center di University of Maine kat tempat aku belajar dulu. Kanak-kanak ini sungguh suka meluahkan perasaan mereka atau mengekspresikan apa yang mereka fikir. Kalau ada bunga yang cantik, cecepat mereka kata "Woww, the flower is sooo beautiful. I like it." Kekadang bila dia orang dera aku tolong sorong kereta yg dia orang naik, aku pulak dapat pujian, "Mannonn, you're so nice. Thank you Mannonn". Walaupun aku penat, tapi bila kena puji, rasa bermotivasi pulak nak sorong lama2. ttthehe..

Kebolehan ekspresi ini bukan datang sendiri, tapi didikan parents mereka dan juga kat tempat Child Care Center tu sendiri. Semua tindakan baik dpt pujian secara terbuka dan dia orang rasa dihargai dan akan mengulang benda yang baik tu lagi untuk mendapat pujian.

So, aku terikut-ikut cara didikan ni kat anak-anak aku. Dan aku nampak hasil dia sama dengan karektor anak-anak Amerika tu. Berani meluahkan perasaan. Bukan sorang je, malah semua anak-anak aku memang dididik dengan pujian. Memang mudah aku beri semangat dan motivasi dengan mereka menggunakan cara ini. Tak kuar kos langsung!

Kekadang mereka tak segan silu luahkan pujian secara bertulis. Kat bawah ini, salah satu contoh ekspresi yang ditulis oleh kakak sulung, Ainin Sofiya pada ibu dia. Kalau si Aiman dan Darwisyah pulak, oleh kerana dia orang tak pandai tulis, dia akan lukis kami sekeluarga. Aku berpimpin tangan dengan isteri dan adik-beradik lain main di taman. Terharu beb, bila dia datang kat kita sambil terangkan apa yang dia lukis tue..

Cuma kekadang, dia orang ni puji kita ter"Over" la.. Bini aku goreng jejemput pisang pun, dia orang leh kata "Wowww, dari atas dah bau ibu masak. Mesti sedap ibu masak. Ibu memang hebat laaa..!!



----------------------------------------------
Anda akan tahu salah satu side income mantap saya bila klik banner di bawah.
RM3Ribu RM4ribu keatas sebulan.


0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid