Pusingan ekonomi ibarat sudah boleh dijangka. Trend sekarang ni setiap 10 tahun, industri perkilangan akan mula-mula terkena kesannya. VSS, retrenched, stop work, unpaid leave rasa-rasanya terma-terma tersebut dah familiar semenjak-2 menjak ni. Jadi apa response saudara-saudari. Buat-buat tak tahu, buat bodo atau rancang dan bertindak?
Berapa umur saudara sekarang, 20an? Adakah anda sanggup pada usia 30an, anda tetiba jadi penganggur dan mula berkawan dengan Along untuk pinjam wang. Sanggup lalu keadaan yang sudah dijangka? Kalau sanggup, memang bodo-piang laaa.. apa punya orang daa..
Apa yang aku nak highlightkan ialah belajarlah dari pengalaman hidup. Tak kiralah pengalaman anda sendiri atau kawan2 yang lain. Rancanglah apa yang anda akan lakukan bila berlaku lagi keadaan gawat.
Aku syorkan dedahkan la diri dengan ilmu keusahawan dari sekarang. Kita tak mula, bila nak ada sejarah. Setkan lagi 5 tahun, anda akan mula satu perniagaan. Satu perniagaan yang dibina berdasarkan ilmu. Ilmu merancang, ilmu memilih perniagaan, ilmu memohon pinjaman, ilmu mengurus perniagaan dan juga ilmu mengiklan. Biar bisnes anda tu, mantap. Bukan dibina atas gerak hati semata-mata atau keadaan memaksa.
Jadi, sini ada satu peluang ilmu percuma dari MECD. Mungkin ianya untuk mereka yang sudah ada produk. Tapi pergilah, nescaya minda anda akan menangkap benda-benda baru. Akan banyak sumber ilmu tentang keusahawan yang boleh digarap. Disana, semua exhibitor bersedia untuk ditanya. Jadi, kau tanya laaa.. Sikit demi sedikit semaikan la minat keusahawanan tu. Tanpa minat, jarang perniagaan berakhir dengan happy ending story. Lihat maklumat program seperti di bawah:
Aturcara program pulak macam gini:
Lihat program ini untuk siapa?
Kerajaan tak membantu atau kita yang tidak tahu rebut peluang?
DEDAHKAN DENGAN ILMU KEUSAHAWANAN, MULAKAN DARI SEKARANG!!
Posted by A.Manan Labels: Peribadi Dan Famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment