VSS atau Retrenched? Aku dah lalui fenomena kedua iaitu Retrenched 2 tahun yang lalu. Dan ianya bukan sesuatu pengalaman yang manis. Betul-betul buat aku panik, terpinga-pinga, bengang plus bodo-bodo air. Retrench yang aku alami ketika tu sesuatu yang tiba-tiba. Tak de ribut taufan dan tak de puting beliung macam sekarang ni. Zalim tul retrench nih.
Cara aku kena retrench macam ni, biar aku story sket. Seperti hari-hari yang biasa, aku pergi kerja sebagai Ketua Jabatan QA and R&D di satu kilang yang telah menjadi rutin sejak 6 tahun yang lalu. Oleh kerana kerja dah lama, tak de la "fire fighting" yang perlu aku lalui hari-hari seperti orang lain. Memang nyaman dah kerja aku kerana keberkesanan cara pengurusan dan tahap disiplin tinggi yang aku ada. Tambahan pula, aku ni Management Representative untuk ISO dan beberapa sijil yang lain, cara kerja aku memang bersistem dan cekap. Kira hebat juga la kat kilang tue. Pegang jawatan tertinggi dalam department dan mengetuai pelbagai projek berkaitan Quality dan Penyelidikan. Dalam tempoh 6 tahun, aku mungkin pegawai Melayu yang mempunyai gaji paling tinggi, selalu mendapat perhatian dan mendapat banyak keistimewaan lain. Aku ingat lagi, aku pernah mengetuai satu group untuk minta gaji dan permintaan aku ditunaikan. Semua manager dapat tambahan imbuhan RM230/bulan setiap sorang. Aku rasa dihormati dan aku rasa aku boleh kerja kat kilang tu sampai la aku pencen dan tiada siapa yang dapat menggugat kedudukan aku ketika itu. Hidup aku dah terjaminlah gamaknya.
Huhu.. Ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya-rupanya hujan lepas zohor. huarrrghh! Relevan betul peribahasa tue. Pada satu hari uhuhuu.. Masa dekat-dekat dah nak balik dalam pukul 5.00pm, aku dpt call dari office suruh aku ke bilik meeting sebab GM nak jumpa. Takde la mengherankan sangat kalau GM panggil. Memang aku selalu pun meeting dengan GM. So, aku pun pergilah kat meeting tu. Aku ketuk pintu dan bila aku buka pintu, nampak la GM dan Assistant GM dan dia orang suruh aku masuk dan duduk. Dan berlaku lah peristiwa pemecatan secara terhormat yang dipanggil "Golden Hand Shake" mengambil masa tak sampai 15 minit. Company terangkan kenapa aku kena berhenti dan aku dapat sekeping Cek sebagai pampasan. Secara ringkasnya pemberhentian aku dan satu dept tidak dapat dielakkan kerana pihak syarikat telah kehilangan pelanggan ekslusifnya yang menyumbang kepada 80% produktiviti dan sales. Aku tak sempat berfikir apa-apa, tiada rasa marah langsung seakan terima hakikat yang diucap. Aku sempat berpeluk dengan GM dan Assistant GM. Aku pack barang2 aku dan itulah hari terakhir aku kat kilang tue.
Aku balik rumah muka macam biasa aje. Macam tak de pepe. Ngan bini pun aku tak beritahu. Setiap hari bini aku tanya, "Bang, tak kerja hari ni?"bila nampak aku atas katil lagi walaupun dah pukul 8 pagi. Aku jawab "Cutiii..". Sampai la hari ke tiga bila soalan sama ditanya oleh bini aku, "Abg diberhentikan kerja la". Kecoh jap.. ttthehe
Tapi Alhamdulillah. Dalam hal ini aku kena berterima kasih kepada Robert Kiyosaki, seorang kawan yg dia pun tak kenal aku.. ttthehe. Tapi seorang yang bertanggungjawab mengajar aku konsep "Multiple Income". Dengan beberapa sumber income yang aku ada ketika itu yang sudah pun berbelas ribu, aku meneruskan pengangguran selama 9 bulan berikutnya sebelum aku menceburi bidang perniagaan Franchise dan membuka kiosk pertama Daily Fresh aku.
Ini KISAH BENAR aku sendiri. Jadi bacalah dan fahamilah buku Robert Kiyosaki dan fahami konsep "Multiple Income". Dan bukannya kemaruk sesetengah ahli MLM yang guna konsep "Got new income, kill current income, stay single income". Yang aku maksudkan ialah baru masuk MLM sebulan, dah berani buat keputusan berhenti kerja untuk buat full time. Sanggup pulak buat loan besar2. Pastu bila MLM tu tak berjaya, mula meracau cari duit. Dah terpaksa jadi mangsa Along.
Pandai-pandailah memilih multiple income anda. Anda boleh bermula secara perlahan dan mudah dengan cara online. Antara yang sy buat adalah (sila klik) MyMode dan Ceramic. Bisnes multiple income inilah yang akan menyerap masalah kewangan anda sekiranya income utama anda bermasalah. Di harap serba sedikit, dengan adanya Multiple Income kelangsungan hidup anda terjamin.
0 comments
Post a Comment