Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Pandangan Hadapan Tesco Kulai

Haa.. mesti ramai nak tau macam mana bentuk kiosk aku kat Tesco Kulai kan?? Haa ni dia..
Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Berbentuk bujur dengan keluasan 116 sqft. Di sekeliling kiosk terdapat lampu fluorescent. Dihiasi dengan decorative stiker disebahagian tepi dan kayu-kayu berwarna di sebahagian tepi belah hadapan. Kat belah dalam agak sempit. Hanya boleh laluan seorang pekerja sahaja, kerana di tengah-tengah terdapat sebuah chiller dan freezer 4kaki panjang. Aku kena pilih pekerja yang punggung tidak terlalu lebar dan tidak terlalu tinggi untuk memberikan keadaan tempat kerja yang selesa. Kat atas kiosk tu, terdapat menu board berlampu menyenaraikan senarai produk dan harganya sekali.

So apa berlaku semasa hari Grand Opening Tesco Kulai pada 16hb April 2009???

Fuiyooo Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!!! Happening habis..

Seawal pukul 7.30 pagi, early bird shoppers dah berkumpul kat tangga basement. Ramai gilerr.. Padahal hari tu hari khamis, dia orang ni tak kerja ker??

Memula awalnya tidak berapa ramai yang datang ke kiosk aku. Maklumlah semua nak masuk Tesco dulu. Aku letak maskot nak tarik orang sambil edarkan baucer diskaun kempen Go Lucky.

Maskot ngan anak aku, Aiman


Sampai tengahari, orang mula turun dari Tesco yang berada di tingkat atas (tingkat satu), turun cari makan kat level Mezzanine di mana foodcourt dan kiosk aku terletak.

Memula sikit..

Kemudian banyak sket..
Kemudian dah start gathering kat depan kiosk aku..

Kemudian crowded gilerrr...

Nasib baik pelan bertindak aku hari tu effektif. Selain dari krew tetap 3 orang yang aku sempat hire, aku panggil 3 orang lagi adik-beradik aku tolong. Fuhh.. lepak dia orang beb..


4 hari opening days 16 (Khamis), 17 (Jumaat), 18 (Sabtu) dan 19 (Ahad) April 2009 memang satu tempoh yg memenatkan tetapi menyeronokkan. Penatnya sebab, Tesco wajibkan semua kedai dibuka pada pukul 8 pagi dan tutup sekurang2nya pukul 10.30 malam. Tapi Tesco pada 4 hari tersebut lanjutkan bisnes hour sampai pukul 1 pagi. Jadi dah pukul 10.30 malam pun masih ramai orang beli jagung dan waffle kat kiosk aku. Takkan nak tutup.. ttthehe rugi bebb..

Aku harap sambutan shoppers ke Tesco ni akan berkekalan. Ikut feedback dari penduduk setempat, Tesco Kulai akan menjadi pusat tarikan baru kerana saiz dan friendly service yang diberikan terutamanya Kad Tesco yg memberi banyak keistimewaan dan penjimatan.

So.. setakat ini dulu kisah Daily Fresh Tesco Kulai aku. Kalau korang nak ada niat nak buka perniagaan franchais, jgn setakat berangan saje. Kumpul modal dan dalam masa yang sama belajar ilmu perniagaan melalui kursus2 percuma yang diberikan. Nak senang kumpul modal, ikut cara aku dengan join bisnes ni.



----------------------------------------------
I reveal one of my best side incomes. Please click below banner.
RM3K RM4K RM7 THOUSAND above a month







Gambar-gambar lain sekitar Grand Opening....





10 comments

  1. alamar29  

    April 22, 2009 at 8:33 AM

    Assalamaualaikum,
    Sedara Manan..
    boleh terang macam mana saudara buat kios ni, kena apply ke mana???

    jika saya berminat macam mana? berapakah modal

    Sekian Terima Kasih

  2. A.Manan  

    April 22, 2009 at 8:56 AM

    Salam Terjah Paintball,

    Proses senang.

    Hubungi pihak Daily Fresh. Maklumat perhubungan di http://www.dailyfreshfoods.com

    Modal kiosk macam tu +/- RM100K tunai

    Urusan loan boleh melalui www.pns.com.my ; smebank

    Rgds, MANAN

  3. alamar29  

    April 22, 2009 at 9:03 AM

    berapa size standert size kios macam tu, dan berapa anggaran income, lepas tak untuk bayar pinjaman tu

  4. A.Manan  

    April 22, 2009 at 9:07 AM

    Salam,

    116sqft.

    Faktor utama: Lokasi.

    Lokasi cantik, income cantik. Loan dalam RM2k lepas bayar.

    Tp sy nak tekankan kena buat multiple income. Kalau boleh yg tak perlu guna masa contohnya ceramic.

    Kalau bergantung dengan satu je income, dikhuatiri cash flow sangkut.. very big problem..

    Kalau belum join ceramic, boleh join sini http://www.enter.jutawanceramic.com

    Wassalam

  5. alamar29  

    April 22, 2009 at 9:15 AM

    adakah DF akan tentukan lokasi kios atau kita kena cari sendiri?

  6. A.Manan  

    April 22, 2009 at 1:19 PM

    Selalunya bila ada shopping mall buka, pihak shopping mall akan approach Daily Fresh utk offer sebagai tenant. Jadi u survey shopping mall yang akan dibuka atau tempat yang u minat dan cecepat booking dengan daily fresh. Kalau u duit cantik, senang sikit citer. Kena sediakan duit selepuk kalau nak senang citer. Kalau u citer nak tunggu apply loan, suh Daily Fresh tunggu... ttthehe mungkin layanan tak memuaskan la.. ttthehe

  7. alamar29  

    April 22, 2009 at 1:38 PM

    oic...
    Terima kasih atas penarangan saudara manan, maklumat yang sangat berguna..
    saya akan usaha cari lokasi dan modal dulu,

    lupa, sedara manan pakai pekerja atau kerja sendiri, berapa gaji sekiranya guna pekerja?

  8. A.Manan  

    April 22, 2009 at 1:57 PM

    Kita kena buat multiple income. Ada masa u kena fokus kat kiosk. Ada masa u kena tinggal dan serahkan pada pekerja. Leadership u kena bagus utk memastikan kiosk berjalan lancar walaupun u tidak ada. Sebab kita kena buat multiple income.

    U tak boleh bazirkan masa jual jagung kerana u bergaji mahal. U kena buat kerja lain yang boleh beri gaji setimpal dengan standard kita. Kena smart sket.. Macam sy cakap tadi, leadership dan management style kena hi-class.. baru hidup teratur.

  9. Mohammad Syahman bin Abu Hasan  

    April 23, 2009 at 7:40 AM

    Salam...

    Info yang amat berguna ni. maksudnya, jika mana2 pasaraya yang belum ada kiosk daily fresh ni, walaupun pasaraya yang dah lama buka pun boleh kan?

  10. A.Manan  

    April 23, 2009 at 4:55 PM

    Salam Syahman.

    Boleh je. Usahawan yang bijak tidak mengisi ruang yang kosong, tetapi menyambar peluang yang keemasan yang belum disambar orang lain.

    Maksudnya jangan terlalu excited. Asal ada shopping mall baru nak buka, terus ambil keputusan nak buka kiosk tanpa buat market study.

    Ikut kes, kebanyakkan kiosk yg buka di shopping mall yang baru dibuka kebarangkalian gagal sangat tinggi. Sebab populasi dan traffik tak de..

    Ingat! Meniaga tanpa ilmu mati. Meniaga bidan terjun kojol.. ttthehe


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid