Projek ni dah start dari bulan 1 semenjak dapat offer letter dari Daily Fresh. Aku dah bertungkus lumus menguruskan semua hal dari segi pentadbiran, hal-hal pembiayaan perniagaan dan semua sekali lah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma aku tak berani gembar-gembur cerita yang belum sahih. Dalam bisnes banyak perkara boleh berlaku dan tidak terkecuali bisnes franchise.
Oklah.. secara rasmi aku umumkan projek "Daily Fresh Tesco Kulai" dilancarkan... tepuk-tepuk... potong reben...cutt.
Hari ini, kiosk installation. Tadi masa aku pergi, baru start pasang body je.. macam gini
Jadi gambar siap aku belum dapat tunjuk. Cuba bayangkan macam mana bentuk kiosk ni bila siap pasang nanti? ttthehe.. curious ke? Tungguuuuu..
Kalau nak datang terus ke kedai boleh la datang ke Grand Opening TESCO Kulai pada 16hb APRIL 2009.
Kos keseluruhan untuk projek kiosk kecik ni berjumlah RM120K. Jadi kalau sesapa yang ada duit atau boleh dapat loan dengan senang, boleh la join bisnes macam gini...
Sekarang aku dah ada 2 biji kiosk macam gini. Adakah ia akan menjadi 3? Ttthehe Itu aku tak berani cakap. Sebab kan aku dah cakap kat atas tadi, aku takkan gembar-gembur benda yang belum sahih.. ttthehe sudah lupa kerr...
Lupa nak bagi tau, serba-sedikit modal bisnes ni aku kumpul dari bisnes kat bawah ni. Dah cecah RM7K sebulan.
I reveal one of my best side incomes. Please click below banner.
A.Manan
April 10, 2009 at 7:23 PM
Tahniah! tahniah!
Alhamdulillah, cita-cita utk buka outlet ke 2 menjadi kenyataan. Semoga berjaya dan terus kn usaha. Kami sentiasa mendoakn kejayaan abang.
Mohammad Syahman bin Abu Hasan
April 10, 2009 at 7:24 PM
Jelesnyee saya! Tahniah Bro Manan. Gua tabik spring la kat lu.. Nak jadi kan bro manan idol boleh? hehehe..
A.Manan
April 10, 2009 at 7:30 PM
Alhamdulillah.. Kalau kita fikir kita hebat, Allah lagi Maha Hebat. Setakat jadi Malaysian Idol tu .. tak de masalah.. ttthehe
Gero A
June 13, 2009 at 7:30 PM
makin kaya lah jawapnyaa.. heheheh.. Tahniah2..
Unknown
October 9, 2009 at 3:23 PM
salam... boleh tau modal nak bukak franchise dailyfresh.. saya berminat tapi tak tau camanana nak mulakan.. boleh emel saya di email: bossbest@gmail.com
apepon tahniah dari org kulai