Satu penghargaan kepada aku kerana kiosk aku terpilih untuk penggambaran RTM1 bagi rancangan "APA KATA WANITA? BERSAMA ZAMZARINA" pada 7hb May 2009 hari tu. Ia nya pun sudah on air pada hari Ahad 10hb May 2009 yang lepas. (Video akan diupload kemudian)
Seminggu sebelum group RTM1 datang kiosk aku, arahan dah dikeluarkan dari pihak Daily Fresh untuk aku bersedia dengan kebersihan. Dan seminggu tu laaa, krew aku kena bersihkan dan lap kiosk sepanjang masa... ttthehe.
Tapi nasib baik laaa aku ni pengeluar produk pencuci serbaguna dan penghalau lalat Zazz. Zazz ni tidak beracun jadi sesuai digunakan sebagai bahan pencuci dan penghalau makhluk perosak kat premis makanan. Selain tu, ianya sangat berkesan menghalau lalat dan serangga perosak jauh2 dari kiosk kita dan bersarang kat kedai orang lain yang tak guna Zazz tttthehe lawak jerr..
Sesapa yang nak tau pasal Zazz yang syarikat aku keluar dan pasarkan, sila layari http://zazz-power.blogspot.com/
Jadi hari tu selain dia orang shooting kedai aku, aku kena bercakap sket utk promote kempen Go Lucky dan kiosk aku Tesco Kulai tu. Dia orang kasi aku satu kertas A4 dan tertulis skrip. Aku ingat kena hafal ttthehe.. rupanya dia lekat kat depan kamera pastu suruh aku baca.
Fuuhhh.. membaca pun sambil 7-8 kali take!! ttthehe.. ada je tersasul. Kekadang mata aku duk melilau kekiri kekanan pun, take tu kena reject.. ttthehe payah tul kalau tak de experience nih.
Kau nak tau apa yang aku kena baca ikut skrip tu? Ni aa "Jangan lupa menonton rancangan Apa Kata Wanita? Bersama Zamzarina setiap Ahad 10 pagi dan dapatkan baucer Go Lucky Jimat dan Menang di Daily Fresh TESCO KULAI!" ttthehe
Bawah ni ada la gambar cameraman RTM1 dan krew masa shooting. Terkilan sebab tak de orang ambik gambar aku masa aku tengah shooting baca skrip dan terkilan juga sebab Zamzarina tak jadi datang kiosk aku hari tue.. wuaaaaAAAAaaaa!!
Sedutan dari laman web rasmi "http://apakatawanita.com/" pemenang Cabutan Lucky Draw Daily Fresh yang telah dilakukan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mohammad Syahman bin Abu Hasan
May 12, 2009 at 11:28 PM
Argh, jeles2!
A.Manan
May 13, 2009 at 12:40 AM
ttthehe... jangan aa jeles.. Baru nak bangun dari jatuh terduduk..