Nak citer berita gembira dulu peristiwa hampir2 nak raya. Citer yg bestnya ialah aku baru pi collect Voucher Giant kat Emart Ceramic kat skudai. Tttthehe.. nanti korang akan selalu lah baca citer aku shopping lagi dengan voucher Giant, Parkson, dan KFC lepas ni
Citer tak gembira pertama ialah hasrat nak pakai baju Melayu sedondon dengan isteri ngan anak-anak untuk tahun ni tak tercapai.. Kureengg! Penat je bini aku bershopping sakan beli kain "oren" untuk tema tahun ni. Kain jenis mahal pulak tue.. trend masa kini.. ttthehe..
Korang nak tau apa hal.. butik yang bini aku hantar jahit tu, tergajikan orang yang tak tau menjahit.. . Orang yang tak tau menjahit, di suruh menjahit. So apa yang terjadi??!!
Isskh lawak sungguh! Habis semua ukuran pekerja tu ambil tak betul. Seluar aku jadi pendek sampai betis, baju aku pulak ketat macam baju kebaya. Masya Allah! Ngucap aku.. Baju 2 anak lelaki aku pun hancus! Sorang seluar dia tak de bontot, lurus semacam jer. Yang lagi sorang, baju dah macam lengan pendek.. ahakss.. lawak gilerr aa.. Aku rasa teruklah reputasi kedai tu, ntah laa wujud lagi ke idak tahun depan. Sebab yang kena bukan keluarga aku sorang, ramaiiii.. huhuuu
Issskh kepada butik-butik pakaian, hati2 semasa mengambil pekerja. Buatlah ujian kompetensi dulu baru ambik jadi pekerja. Kalau sampai merosakkan persiapan hari raya orang lain, memang melampau..
Cerita tak gembira kedua ialah kuih raya tempah tak leh siap. Adeyy.. nyusah betul la. Last minit cakap pulak. Aku bukan nya ada masa nak pergi beli belah last minit. Pekerja memanjang tak cukup je, kena kerja kat kiosk. Ni pun bini aku bising, tak tau nak hidang kuih apa masa raya nanti.. ahakss..
So lesson for next year, jgn terpedaya dengan tawaran harga murah dan beli melalui 3rd party atau agen2 ni. Dia orang pun tak leh komit apa-apa. Elok beli terus dari yang tukang buat kuih tu sebab senang kau nak parang kalau tak siap atau beli je yang dah siap, tak payah memikir nak tempah dan tak dapat buat. Fed up betul raya tahun...
Tak de mood aku nak tulis lagi..tthehe... Apa-apa pun kami sekeluarga nak ambil kesempatan nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment