Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Info percuma dari Kerajaan. Tak yah download dan tak de komisen diberikan. Ikhlas menyedarkan dan mendidik dari http://h1n1.moh.gov.my/

=================================================

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini seramai 150 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 222 kes telah discaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 627 kes di 70 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 29 pesakit atau 5% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 29 orang pesakit Influenza A(H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 6 kes atau 20% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi. Untuk makluman, kesemua 6 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut: kanak-kanak bawah 5 tahun (2), obesiti (1), seorang (1) hamil/post-natal , seorang (1) berumur bawah 5 tahun dengan penyakit kronik dan seorang (1) dengan penyakit jantung.

Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

sumber: http://h1n1.moh.gov.my/

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid