Pasrah dan redha pada kreativiti anak-anak, aku terpaksa merelakan dinding-dinding rumah aku di sketch secara seninya tanpa had. Walaupun aku baru je pindah rumah baru tak sampai setahun, dinding hall dan bilik-bilik habis jadi mangsa kerakusan tangan-tangan 2 orang anak aku yang paling kecil.
Wife dan aku dah tak terpantau pergerakan anak pompuan dan lelaki aku yang bongsu, Si Ainin Darwisyah (4 tahun) dan Aiman Hariz (1 1/2 tahun). Pantang dapat pen dan buku, aku dipukau seberapa ketika dengan ketekunan mereka menulis di atas buku yang diberi. Rupa-rupanya aku tertipu..warrrgghh... dinding juga yang ditujunya. Bukannya setakat dinding batu sahaja, malahan dinding peti ais aku pun jadi mangsa... dahsyatt!
Cuma keperihatinan aku sebagai ayah telah dapat mengenalpasti pencipta sesuatu abstrak itu. Kalau garisan memanjang berbentuk ular atau kekadang garisan putus-putus tanpa diketahui sama ada objek itu benda hidup atau tidak, itu sah-sah kerja anak lelaki bongsu aku si Aiman Hariz.
Tapi kalau aku jumpa angka-angka yang boleh aku baca terutama nombor "4, 5 dan 6", itu sah tulisan si Ainin Darwisyah. Sebab dia nyer nombor feveret 4, 5, 6 ahakss..
Isskh memang pening aku dengan karenah anak-anak kecil yg baru pandai pegang pen nih. Semenjak aku pindah rumah 2 tingkat yang baru ni, aku tak berani lagi beli perabut-perabut baru. Semua nafsu serakah nak beli perabut jati laa, sofa Italy laa, kerusi Cleopatra laa aku lupakan dulu..ahakss. Sanggup aku suruh pakai je sofa 8 tahun lepas bagi mengelakkan sofa baru di "signature"kan oleh bebudak ni.. ttthehe..
Fuhh.. kita ni mak bapak nak tak nak kena salurkan juga kreativiti anak2 ni ke tempat yang betul. Mana yg suka menconteng tu, kena bawak-bawak lah masuk kelas melukis supaya bakat anak-anak tu dapat diluahkan secara positif dan di tempat yang betul. Aku baru je daftarkan anak-anak aku dalam kelab "Buzzy Bees" IOI Mall Kulai. Banyak acara melukis dianjurkan oleh kelab tu yang boleh anak-anak aku sertai. Kalau kita terlepas pandang anak-anak kita ni, mungkin boleh jadi punca Vandalism pada harta benda awam.
Isskh.. kalaulah aku ni suka conteng kat tempat-tempat awam buat masa sekarang ni, tak de benda lain aku tulis. Aku akan tulis http://enter.mysvr2u.net besar2 dan banyak2. Dari sesaja tulis bebenda tak berfaedah, baik aku galakkan orang join program belanja dan jimat. Boleh dapat income tambahan. Dah join belum? Kalau belum klik lerr http://enter.mysvr2u.net
0 comments
Post a Comment