Hari ni hari ahad. Memang sibuk kat kiosk. Aku kerja dari pagi kat kiosk dengan 2 lagi crew untuk layan pelanggan. Letih pun ada, bosan pun ada. Walaupun bulan puasa tapi sales ok je, sebab market aku bukannya Melayu sangat. Boleh kata 50% market Chinese. Jadi pelanggan aku hari ni ramai Chinese + Wanita Melayu Uzur + Melayu belikan anak2 + Melayu tak dapat dipastikan ke"puasaan"nya. Aku tak berhak la nak tanya puasa ke tidak. Sebab kedai aku bukannya kedai makan yang di orang beli dan makan kat situ. Tu dah salah. Kedai aku cuma kiosk yang serve all take away order je. Dia orang makan terus atau dia orang bawa bekal berbuka, aku pun tak tahu. Wallahualam.
Oleh kerana kebosanan hari ini, ngam2 sorang lagi staff part time datang pukul 6pm, aku dengan senyap-senyap telah meninggalkan tempat kerja dan pergi bersama family ke Tesco Extra Plentong. Bukan ada agenda atau barang khusus nak beli. Dan aku pun tak kisah pasal shopping raya pun. Cuma aku nak sedikit masa dengan keluarga.. dan aku rasa mereka berhak untuk mendapatkannya.
So, tumpuan kami sebenarnya cuma nak pi makan je. Jadi lepas window shopping ala kadar dalam Tesco, aku cadangkan kat anak-anak aku untuk makan kat Restoran Makanan Segera BBQ-Chicken Koreas 1st Chicken Restaurant. Jommm menderu dia orang berlari pergi ke restoran tu. Sebab ini bukan pertama kali aku pergi situ, ini kali ke 3 aku makan kat situ.
Dibandingkan restoran fast food lain, aku rasa BBQ-Chicken ni ada keunikannya. Yang paling ketara, penggunaan Olive Oil dalam gorengan ayam dan masakannya. Aku rasa semua orang patut cuba ayam dia. Banyak khasiat minyak zaitun ni dibandingkan dengan minyak biasa.
Pilihan menu kami malam ni ialah
Korean Charbroiled Family Set | |
8 pieces of tender leg meat, marinated in a natural sauce made of 30 secret ingredients then roasted first with hardwood charcoal, followed by roasting on earthenware. Definitely a must try at BBQ Chicken. Complete with golden fries and coleslaw. | |
RM 44.00 (total RM50.60 + all charges) |
Gambar kat atas ni, gambar sebelum. Dan kat bawah ini gambar selepas. Hahhaaa.. licin beb.. dibelasah oleh anak-anak aku. Weh memang sedap la.. elok yg mana tak pernah rasa tu, cuba lah sekali... mesti terasa nak lupakan KFC ngan McD.
0 comments
Post a Comment