Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

Ainin Sofiya Berjaya!!

Seperti biasa, aku ambil anak aku yang sulung daripada sekolah dia setiap hari persekolahan pukul 6.20pm. Tetapi bila si Sofiya nampak van aku menghampiri sekolah, lain macam dia punya senyum. Aku maklum ngan sifat anak aku yg sulung ni, happy go lucky dan suka loncat-loncat. Tapi lain macam dia nyer loncat petang tue. Rupanya.. ada benda kat tangan dia.. macam patung je .. perasan dari jauh.




Bila Sofiya sampai kat pintu van aku, "Ayah, kakak dapat hadiah! Huh.. excited aku nak tau apa benda hadiah nye. Ooo trophy. "Pasal apa dpt hadiah ni?" tanya aku. "Sofiya menang ujian bertulis kat sekolah, syoknya terima hadiah atas pentas". Cayalah.. dari 7 buah kelas darjah 1 (dalam 200 org murid), anak aku dapat no.2 huhuuu . Power nih..


Walaupun hadiah yang dimenanginya adalah ujian Bahasa Malaysia, tapi aku ada beberapa sebab, aku bangga sangat dengan pencapaian Sofiya nih. Antaranya Sofiya ni bersekolah Cina dalam darjah 1. Korang tau la, kalau dah sekolah Cina, rakan-rakan Melayu sangat terhad. Pemahaman dalam subjek bahasa Cina sangat bermasalah. Tiada kengkawan sangat yang nak bantu sebab ramai yang tak pandai berbahasa Malaysia. Nampak janggal pulak tu sebab tak sama uniform dengan kawan-kawan Cina yang lain.

Aku ingat lagi masa 3 bulan pertama dia mula bersekolah Cina di dalam darjah 1. Sadis ada, kesian ada dan rasa bersalah hantar ke sekolah Cina pun ada. Mana taknya, balik sekolah merungut tak faham apa yg cikgu ajar. Kawan di sekolah selalu buli. Selalu kena denda sebab tak dapat jawab soalan dalam bahasa Cina. Selalu info yang cikgu berikan salah faham. Isskh memang teruk la.. Lagi sedih, bila tengok buku latihan dia banyak ujian yang gagal 0% pun banyak. Aku sampai hilang akal pulak sampai ada saat aku nak sekolahkan semula ke sekolah Melayu.

Tapi mengenangkan visi dan matlamat aku yang perlu pengorbanan dari setiap ahli keluarga, maka aku teruskan pertaruhan kritikal ini. (visi dan misi keluarga ini dirahsiakan dulu di saat ini).

Alhamdulillah selepas bulan ke 6 di dalam Darjah 1, banyak perubahan positif berlaku. Selepas menghantar tuition dan aku curahkan teknik pembelajaran yang betul serta motivasi yang mantap, keputusan amat ketara.

Exam penggal kedua Sofiya yang nombor corot pada ujian suku penggal, kini dah nombor 13 dari 30 pelajar Cina. Dulunya bahasa Cina dpt markah 20% kini dah 80% ke atas. Kalau dulu buku spelling Cina dia banyak dpt 0% kini setiap kali dapat 100%. Pendek kata .. memang bangga dan bersyukur la aku dengan perubahan ini.

Hari ini, dapat satu lagi petanda bahawa walaupun berada di dalam satu kelompok yang bukan sekaumnya, Sofiya mampu bersaing dan berjaya!. Syabas mak ngan bapak dia juga ttthehe..

Aku harap anak ke 2, si Aiman Haziq yg bertadika Cina pun dapat clone attitude dan kejayaan kakak nya.

Lilypie Kids birthday Ticker

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid