Apa itu Blog?
Humm.. terlalu banyak definisi yang boleh diberikan kepada persoalan ini. Semua jawapan yang anda fikirkan kebanyakkannya betul. Blog adalah sebuah diari peribadi, nota harian, buku 555, sejarah hidup pun betul juga. Jadi terpulanglah kepada anda. Yang membuatkan ianya sedikit berbeza ialah tentang matlamat tuan blog itu sendiri dan siapa pembacanya.
Jika anda seorang politikus, isi kandungannya tentulah berkisar tentang politik dan matlamat anda ialah menyampaikan pendapat politik atau mungkin cuba mempengaruhi pegangan politik orang yang membacanya.
Jika anda seorang pengembara, isi kandungannya mungkin menceritakan lokasi atau tempat persinggahan yang anda telah sampai. Cerita anda mungkin boleh membuatkan orang yang membaca teringin sampai ke tempat yang sama.
Jika anda seorang peniaga internet atau internet marketer, sudah tentu anda menggunakan blog untuk menceritakan produk yang anda ingin pasarkan dan sudah pasti cuba menambat perhatian pembaca untuk membelinya.
Tapi untuk memastikan apa yang anda sampaikan dibaca dan pengunjung sudi datang berulang kali, blog anda perlu menonjolkan "Character" yang positif dengan jujur. Bermakna anda perlu waras dalam berblog. Mempunyai karektor yang konsisten dan tidak keliru. Sekejap baik, sekejap jahat; sekejap cerita agama, sekejap cerita konsert rock kapak yang anda hadiri; sekejap sokong parti umno, sekejap sokong PKR. Karektor anda mudah diragui dan orang mungkin kata "tak leh pakai orang ni".
Susah ke buat Blog?
Jawapannya susah dan senang. Susah bagi yang tiada ilmu dan senang sudah tentu bagi yang tahu asas internet. Jadi persoalan berikutnya, "Susah ke cari ilmu tue?" Jawapannya senang ttthehe
Ok, saya jamin anda boleh bina satu blog asas menggunakan platform blogger selepas menonton dan mendengar hanya 2 minit video tutorial membuat blog ini.
So macammana? Mudah, betul tak? Jom, kita mula ..
0 comments
Post a Comment