Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root


Weh, petrol esok turun harga!! Di ulang petrol turun harga!!!

Gulp! Semua buat tak tau je, macam buat tak kisah je khabar gembira yang diwar-warkan oleh Pak Lah kesayangan korang nih. Dah kali ke 2 atau ke 3 kot harga diturunkan sejak akhir-akhir ni. Tapi aku rasa berita harga minyak petrol turun tak sehebat berita harga minyak naik. Walaupun belum dikategorikan berita, tapi khabar angin pun dah cukup menghuru-harakan seluruh pelusuk Malaysia.

Agaknya rakyat dah rasa tak de pe-pe kesan sangat dengan penurunan harga minyak ni. Cuma satu produk je yang turun harga (minyak ni la), tapi ada beratus-ratus ribu juta produk kat pasaran yang dah ternaik harga, takkan turun-turun harganya. Ni yang susah ni. Naik senang, turun tak nak. Napa kerajaan tak paksa gak harga bebenda keperluan ni turun juga, baru la rasa nikmat sebenar harga minyak turun.

Silap aa.. kerajaan tak pandai agak yang harga minyak dunia akan turun juga selepas naik mendadak. Kalaulah.. kalaulah, kerajaan ni sabar sket untuk tidak menaikkan harga petrol sampai ke RM2.70 seliter, tak de la sangat barangan lain nak naik. Ni yang aku kesal nih.. rasa formula pembangkang untuk tidak menaikkan harga minyak ketika aku dengar perdebatan Si Anuar dengan Si Saberi ada logiknya. Guna la dulu dana memana.. bertahan. untuk tidak menaikkan harga tinggi sangat. At least utk beberapa bulan. Iskkh.. nasi dah menjadi bubur la.. tak lama lagi ramai la makan bubur.. kalau beras yg selalu makan dah harga RM50 satu pkt.. huhuu

--------------------------------

0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid