Aku ada hantar aduan ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui borang aduan yang disediakan di laman web nya http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/page.php?14 sebentar tadi. Begini aduan yang aku buat:
"Beberapa kejadian yang saya alami sendiri semasa mengunjungi restoran-restoran, kedai-kedai serbanika dan pasaraya utama ternama seperti K**, M********, W******, G*******, 7 ****** yang melakukan aktiviti ROMPAKAN depan mata.
Sekarang ni dah jadi trend tidak memulangkan baki 5 sen masa memberikan wang baki. Jika kita tidak periksa wang yang dikembalikan, mereka akan senyap sahaja. Dan jika kita tanya kenapa baki pulang tak cukup 5 sen, mereka berkata, duit 5 sen tak ada. What??!!.. Banyak cantik. Sepatutnya mereka kena pulangkan 10 sen sebab bukan masalah customer yang tidak ada duit cukup tapi pihak peniaga yang tidak menyediakan.
Cukup menguntungkan jika seorang boleh dirompak 5 sen, jika satu hari ada 1000 orang yang kena rompak pun cukup la. Berapa banyak hasil rompakan sebulan dari satu kedai. Masya Allah!
Dulu masa ada duit 1 sen, dia orang pun tidak pulangkan. Sekarang dah dilenyapkan duit 1 sen, lagi besar pulak wang rompakan.
Tolong pihak PPIM siasat masalah ini yang kian berleluasa dan jika tidak dibendung aktiviti rompakan depan mata ini, makin besar pulak jumlah rompakan akan datang.
Pelanggan Tertindas."
Aku harap aduan ini dapat perhatian dan tindakan daripada PPIM untuk melindungi hak-hak pengguna. Anda pernah terkena? Apa tindakan anda? Anda ingin tutup mata dan biar modus operandi ni semakin rancak atau anda ingin menghentikan dan membuat satu lagi aduan ke PPIM. Klik sini untuk borang aduan online.
Link Aduan yang telah disiarkan di laman web rasmi PPIM => Aduan Rasmi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kaharhamid
January 19, 2009 at 9:53 PM
saya memang sokong aduan saudara. Memang tabiat orang Malaysia agaknya tak kisah bila perkara ini berlaku pada diri sendiri. Masing2 akan cakap.."alah, 5 sen aja". tapi bagi peniaga lagi ramai yang bersikap macam itu, makin banyaklah keuntungan yang boleh diperolehi. Cuma caranya boleh dikategorikan "PENCURI" jugalah.
InsyaAllah saya akan buat aduan mengenai perkara ini juga.
wassalam
Unknown
May 5, 2009 at 10:51 PM
Perkara ini dah lama berlaku, misalan kalau wang baki RM7.50 dia akan pulangkan RM6.50. Kalau wang tidak kira dan terus beredar anda sudak kena rompak RM1.00. Dia akan letak RM1.00 atas kaunter, kalau sampai petang tidak dituntut akan menjadi wang rompakkan. Kalau anda datang semula kekaunter dia akan pulangkan RM1.00 dengan bermacam dalih seperti anda cepat beredar, belum sempat dapat wang dari kaunter sebelah, dll. Bagus menjadi warganegara perihatin. Kalau ada yang sakit kurang wang layari blog http://suriaceria.blogspot.com kalau nak baca blog yang lain ada dalam http://iklan-percuma.ning.com