Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

ANAK-ANAK USAHAWAN

Memulakan hidup sebagai usahawan dari "kosong" (start from scratch) bukan sesuatu yang indah kepada yang tidak berminat. Banyak pengorbanan perlu kita buat. Terpaksa mengorbankan keselesaan, masa tidur, masa bersukan dan juga masa berehat.

Aku boleh cakap, waktu tido aku memang tak pernah cukup 6 jam sehari waktu ideal utk tido. Bayangkan lah, aku paling lewat tido pukul 3 pagi dan bangun pukul 5.30 pagi setiap hari untuk melangsaikan perancangan projek-projek bisnes baru. Dan boleh kata dalam rumah, aku yg paling lewat tido dan aku yang paling cepat bangun.

Bukan sahaja aku je kena berkorban, tetapi juga isteri dan anak-anak pun terpaksa berkorban. Kalau isteri aku terpaksa bekerja di kedai kerana peak time dan crew tak cukup, anak-anak terpaksa aku usung ke sana ke mari ikut aku. Kekadang dia orang pun tido tak cukup dan selalu terganggu.

Tengok lah gaya anak-anak aku tido ni on the way balik dari hantar kakak dia pergi tuition.


Tapi satu kesan baik dari suasana serba tidak lengkap ini ialah mengajar ana-anak sikap berdikari. Si Aiman dan Si Darwisyah dalam ni dah siap mandi dan pakai baju yang di cari dan pakai sendiri. Dia orang pun pandai bukak periuk nasi dan bukak tudung saji makan sendiri. Yang paling best dia orang ni ada sifat bertanggung jawab. Sentiasa memikirkan keselamatan dan kepentingan adik-beradik. Kalau baby si Aiman Hariz menangis dalam buai, dan aku tengah sibuk kat depan komputer nanti ada laa ada sorang buaikan dan siap nyanyi dodoikan si baby tu.. memang klasik tul laa.. ttthehe..


0 comments


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid