Event ni berlaku sebulan yang lepas, tp baru aku ada masa nak mengarang. So inilah kisahnya...
Majlisnya simple dan singkat sahaja dari jam 4.30 petang hingga 7 petang tapi padat dengan kegembiraan dan kecerian yang aku pun susah nak gambarkan perasaan ketika itu.
Punca tercetusnya idea nak buat reunion ni adalah dari laman web http://alumnisrimersing.ning.com yang aku create. Tapi bukan aku yang berkobar-kobar sangat nak buat reunion ni tp ada beberapa orang yang teruja nak jumpa kengkawan. Tak de la pelik sangat buat reunion ni, cuma yang aku tak sangka web alumni tu baru je genap 2 bulan ketika itu tp dah berjaya kumpulkan lebih 200++ org ahli dan berjaya buat Reunion!
Serius la aku macam tak percaya je reunion tu bebetul terjadi. Kalau tak kerana ada majlis pertunangan sepupu aku di Felda Tenggaroh 4, mungkin aku tak balik pun Mersing. Jadi alang2, baik aku terus balik Mersing yg cuma lagi setengah jam sahaja dari Tenggaroh. Tu pun rasa berat hati je nak pergi. Tapi setelah di telefon oleh Hasbi dan Awie berkali-kali tanya kenapa aku tak sampai2 lagi petang tu ketika jam dah pukul 4 petang, rasa macam bersalah pulak kalau aku tak pergi.. huhuhuu
So dengan perasaan teragak2 aku pun gagahkan jugaklah pergi. Sampai sahaja memang dah ada la beberapa kerat datang, lepas tu makin ramai datang kat kedai tue. Cikgu-cikgu pun ramai gak yang datang, termasuk bekas guru besar dan juga bekas ADUN Mersing. Yang paling terkejut, berderet hamper2 kat atas meja dah tunggu. Ada yang tinggi ada yang rendah.
Ulasan Photo: Barisan Hamper dan hadiah yang disumbangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Mersing, Saudara Youzaimi
Apa lagi, terus la bersembang sakan ngan kengkawan yang ada. Bila Emcee start majlis, tetiba nama aku kena panggil gi depan. Errkk.. ni yang aku malas sebenarnya nak datang ttthehe... Part berucap .. tapi tak pe laa.. dia orang pun suruh aku berucap sebab hargai usaha aku mewujudkan http://alumnisrimersing.ning.com jadi aku pun berucap lah dalam 10 minit (lama juga tue..huhuu)
Lepas aku berucap, giliran cikgu-cikgu yang hadir pulak beri ucapan. Seronok juga cikgu2 ni beri ucapan. Lawak jugak laa dia orang nyer meraban ttthehe. Aku ketawa berdekah-dekah bila Cikgu Shidee buat lawak professional dia..
Ulasan Photo: Terkekek2 aku ngan kengkawan ketawa dengar lawak Cikgu Shidee. Aisee dah rongak gigi aku
Budget makan memang muai. Dengan karipap, mee goreng, keropok gondeh, popiya memang melebih2. Sampai boleh "tapau"bawak balik rumah. Tak de komplen la pasal makan, semua cukup, sedap dan puas hati.
Ulasan Photo: Waktu makan dengan makanan melimpah ruah
Ulasan Photo: Antara kaum ibu2 yang sudi datang
Bila time sampai beri hadiah, kerana aku yg create webpage alumni tu, dia orang suruh aku beri hadiah lah pulak.. ttthehe.. special VIP betul laa aku hari tue..
Ulasan Photo: Antara kaum ibu2 yang sudi datang
Bila time sampai beri hadiah, kerana aku yg create webpage alumni tu, dia orang suruh aku beri hadiah lah pulak.. ttthehe.. special VIP betul laa aku hari tue..
Kesimpulannya, majlis reunion hari itu satu sejarah yang cukup bermakna kepada mereka yang hadir. Sejarah yang membuka laluan untuk sejarah lain tercipta. Sudah pasti pertemuan ini akan merangsang banyak lagi pertemuan lain.
Aku bersyukur kerana usaha yg kecil menerbitkan sebuah laman web atas platform percuma ning.com memberi kebaikan pada ramai orang. Semoga hanya kesan yang baik dpt dihasilkan dari web ini.
Anonymous
February 13, 2009 at 5:26 PM
Rajin mengarang yer...
nice picture bro...