Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root


Cukup mencabar kesabaran aku menunggu surat Hitam Putih dari Tabung Haji bagi mengesahkan status penerbangan Haji. Dalam hati ada was-was, samada dapat ke tidak. Perlu tak aku war-warkan kepada sahabat2 dan jiran2 tentang berita baik ini tanpa pengesahan rasmi. Eee ngerinya kalau terberitau tapi tak jadi. Memang malu.

Haji Adalah Jihad
Daripada Aishah r.a berkata ia kepada Rasulullah S.A.W bahawa: "Kami percaya bahawa berjihad itu adalah amalan yang paling utama, mengapa kami tidak berjihad, maka sabda Rasulullah S.A.W bagi kami sebaik-baik jihad itulah HAJI MABRUR". (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Inilah antara Jihad yang paling besar sepanjang hidup aku, Insya Allah. Haji ini juga paling bermakna disebalik pelbagai dugaan dan rintangan dalam perniagaan dan keluarga, aku pergi mengiringi dua orang wanita antara yang paling ku sanjungi iaitu Ibu ku sendiri dan juga Ibu Mertua ku.


Dalil Wajib Haji
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk" Surah Ali Imran:Ayat 97


Atas kewajipan yang ditetapkan oleh Allah, Insya Allah pada Rabu 11 November 2009 jam 7.25pagi aku akan melaporkan diri di Lapangan Terbang Senai sebelum berangkat terbang terus ke Mekah. Aku akan berada di Mekah/Madinah selama 44 hari. Penerbangan menaiki pesawat MH8064 dengan nombor pernerbangan KT64.

Insya Allah akan terbang pulang melalui Jeddah pada 23 Disember 2009 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada 25Disember 2009 jam 7.25 pagi.

Semoga perjalanan ini dirahmati dan dibawah lindungan Allah SWT.

Di kesempatan ini aku memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada rakan-rakan online dan offline. Yang aku kenal dan juga tidak. Rasanya mustahil tiada yang terguris perasaan sepanjang perkenalan kita, baik dari segi perkataan atau perbuatan. Maafkan aku. Halalkan juga apa-apa yang termakan dan terminum.

Doakan perjalanan aku selamat pergi dan pulang. Doakan segala ibadah ku diterima Allah dan dikurniakan Haji yang Mabrur.

Segala yang baik dalam kehidupan seharian dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan Insya Allah akan ku doakan buat semua.

Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

Info percuma dari Kerajaan. Tak yah download dan tak de komisen diberikan. Ikhlas menyedarkan dan mendidik dari http://h1n1.moh.gov.my/

=================================================

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini seramai 150 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara 222 kes telah discaj. Sehingga kini, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 627 kes di 70 buah hospital termasuk 6 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 29 pesakit atau 5% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Daripada 29 orang pesakit Influenza A(H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 6 kes atau 20% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ini terdapat 1 kemasukan kes baru ke Unit Rawatan Rapi. Untuk makluman, kesemua 6 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut: kanak-kanak bawah 5 tahun (2), obesiti (1), seorang (1) hamil/post-natal , seorang (1) berumur bawah 5 tahun dengan penyakit kronik dan seorang (1) dengan penyakit jantung.

Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan hari ini di Malaysia, menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

sumber: http://h1n1.moh.gov.my/

Nak citer berita gembira dulu peristiwa hampir2 nak raya. Citer yg bestnya ialah aku baru pi collect Voucher Giant kat Emart Ceramic kat skudai. Tttthehe.. nanti korang akan selalu lah baca citer aku shopping lagi dengan voucher Giant, Parkson, dan KFC lepas ni

Citer tak gembira pertama ialah hasrat nak pakai baju Melayu sedondon dengan isteri ngan anak-anak untuk tahun ni tak tercapai.. Kureengg! Penat je bini aku bershopping sakan beli kain "oren" untuk tema tahun ni. Kain jenis mahal pulak tue.. trend masa kini.. ttthehe..

Korang nak tau apa hal.. butik yang bini aku hantar jahit tu, tergajikan orang yang tak tau menjahit.. . Orang yang tak tau menjahit, di suruh menjahit. So apa yang terjadi??!!

Isskh lawak sungguh! Habis semua ukuran pekerja tu ambil tak betul. Seluar aku jadi pendek sampai betis, baju aku pulak ketat macam baju kebaya. Masya Allah! Ngucap aku.. Baju 2 anak lelaki aku pun hancus! Sorang seluar dia tak de bontot, lurus semacam jer. Yang lagi sorang, baju dah macam lengan pendek.. ahakss.. lawak gilerr aa.. Aku rasa teruklah reputasi kedai tu, ntah laa wujud lagi ke idak tahun depan. Sebab yang kena bukan keluarga aku sorang, ramaiiii.. huhuuu

Issskh kepada butik-butik pakaian, hati2 semasa mengambil pekerja. Buatlah ujian kompetensi dulu baru ambik jadi pekerja. Kalau sampai merosakkan persiapan hari raya orang lain, memang melampau..

Cerita tak gembira kedua ialah kuih raya tempah tak leh siap. Adeyy.. nyusah betul la. Last minit cakap pulak. Aku bukan nya ada masa nak pergi beli belah last minit. Pekerja memanjang tak cukup je, kena kerja kat kiosk. Ni pun bini aku bising, tak tau nak hidang kuih apa masa raya nanti.. ahakss..

So lesson for next year, jgn terpedaya dengan tawaran harga murah dan beli melalui 3rd party atau agen2 ni. Dia orang pun tak leh komit apa-apa. Elok beli terus dari yang tukang buat kuih tu sebab senang kau nak parang kalau tak siap atau beli je yang dah siap, tak payah memikir nak tempah dan tak dapat buat. Fed up betul raya tahun...

Tak de mood aku nak tulis lagi..tthehe... Apa-apa pun kami sekeluarga nak ambil kesempatan nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

Pendedahan yang dibuat oleh franchisee-franchisee yang menjadi mangsa franchisor parasit melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuatkan aku terloncat-loncat. Yessss! Ini lah tindakan yang sepatutnya dilakukan. Dedah seluas-luasnya masalah dalaman industri franchais negara yang indah khabar dari rupa.

Dah banyak kali aku dengar keluhan kawan-kawan franchisee aku yg kena buat macam bola oleh franchisor. Tapi timun mana leh lawan durian. Pusing kiri - kanan - atas - bawah, kalah juga. Lapor pada agensi berkenaan pun, kengkawan cerita bukannya dilindung tp kena marah la pulak.. ttthehe..

Nah sekarang korang blacklist la nama-nama franchaisor yg kuar kat paper online nih. Nasihat aku, kalau tak de cash selepuk kat tangan dan tiada multiple income, jangan ngegada nak masuk franchise. Aku dah "terlanjur", tak leh patah balik. Baik niaga pisang goreng tepi jalan, lagi untung...

Sebab tu aku ajak buat multiple income macam http://enter.mysvr2u.net , sebab aku sendiri seorang franchisee huwaarghh....

PNS: Hentikan biaya francais

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) diminta memberhentikan pembiayaan bagi beberapa sistem francais di bawah kelolaannya kerana didapati tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada francaisi.

Ia berikutan terdapatnya keadaan seolah-olah francaisor menjadikan francaisi umpan untuk mendapatkan dana kerajaan dengan mudah.

Kebimbangan itu disuarakan oleh lebih 30 usahawan yang kini bimbang kemungkinan diistiharkan muflis berikutan kegagalan mereka meneruskan perniagaan yang disertai.

Bekas francaisi Marrybrown, Jukebox, Watershop, VV Shop, Camps Apparel, Sinma dan Kwikstop berharap pendedahan yang dibuat akan membuka mata pihak berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian.

Setiap usahawan kini menanggung hutang sekitar RM100,000 hingga RM450,000 setelah didakwa terdapat penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh syarikat induk atau francaisor itu.

"Sepatutnya, di dalam perniagaan francais mestilah wujud keadaan menang-menang tetapi dalam keadaan ini keuntungan lebih memihak kepada francaisor," dakwa bekas francaisi Jukebox, Hapsah Jaafar kepada wartawan hari ini.

Katanya, para francaisi kerap menghadapi kerugian yang tidak munasabah dan kurang jelas seolah-olah "dicipta" oleh francaisor.

"Antaranya, francaisi akan berhutang belian stok kerana ia tidak dibenarkan memilih dan mengawal stok sendiri. Sebaliknya ia dikawal dan ditentukan oleh francaisor.

"Had belian stok yang tidak dikawal dan dipantau serta penghantaran stok hampir setiap hari telah menyebabkan belian melebihi jualan. Akhirnya francaisi berhutang dengan francaisor."

Beliau amat berharap PNS tidak lagi meneruskan sistem francais yang membabitkan syarikat-syarikat induk tersebut supaya lebih ramai lagi bakal francaisi akan terselamat.

Hapsah yang terpaksa menutup perniagaan selepas setahun beroperasi berkata, bagi sistem francais Jukebox, katanya, PNS membiayai 11 peserta di mana kini lapan telah menutup perniagaan.

"Tiga lagi rakan kami sedang "nyawa-nyawa ikan" dan akan berakhir dengan nasib yang sama." Francaisor bagi Jukebox adalah Harian Shoes Sdn. Bhd., yang menjual kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak serta aksesori.

Peserta PNS pula rata-rata merupakan bekas siswa dan siswazah.

"Bayangkan pada usia yang muda, kami kini telah dibebankan dengan hutang yang tidak sepatutnya," kata bekas francaisi Marrybrown Restaurant, Md Hizal Mustafa.

Katanya, kini terdapat lapan buah outlet Marrybrown yang terpaksa ditutup walau pun kurang dua tahun beroperasi berikutan menghadapi masalah yang hampir serupa dengan francaisornya.

"Jika kami dikatakan tidak mampu untuk menjalankan perniagaan, bagaimana PNS boleh yakin kepada kami dan meluluskan pinjaman kami." "Malah sebahagian daripada kami menggunakan wang poket sendiri bagi memulakan perniagaan sebelum pinjaman PNS diperolehi," katanya.

"Bayangkan berapa banyak wang pelaburan kerajaan untuk PNS terbuang tanpa hasil. Jika francais berjaya dan kami mampu membayar balik pinjaman, bukankan ia menguntungkan semua pihak."

Md Hizal berkata, terdapat juga francaisi bukan di bawah kelolaan PNS menghadapi masalah yang sama.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menganjurkan sidang akhbar pada hari ini berharap pihak kementerian yang berkaitan dapat menyelesaikan kemelut francais dan francaisor ini.

"Pihak pembiaya umpamanya perlu melihat semula sistem francais secara keseluruhannya. Mereka perlu sekurang-kurangnya gariskan tahap kejayaan francaisi itu, adakah ia berjaya setakat pinjaman berjaya diperolehi atau bagaimana?," kata Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PNS sebelum ini katanya, telah memberi pemahaman kepada peserta bahawa mereka akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS serta syarikat induk yang dipilih."

Namun dengan situasi buntu ketika ini melihatkan pihak terbabit termasuk kementerian berkaitan, dan PFM seperti melepaskan tangan, katanya.

Bekas usahawan yang terlibat telah mengajukan permasalahan mereka kepada PNS, PFM malah kementerian terbabit, tetapi tiada sebarang tindakan di ambil.

"Mungkin akta francais perlu diubah," kata Nadzim. - Bernama

SUMBER: 9 Sep 2009 Utusan Malaysia Online

Ni link utk ke PPIM >> No.739
Kenyataan Akhbar Berhubung Permasalahan Industri Francais Yang Melibatkan Usahawan Francais Bumiputera
Tuesday 08 September 2009 - 23:02:22


Haa lupa link? Ni aa utk multiple income http://enter.mysvr2u.net

Pasrah dan redha pada kreativiti anak-anak, aku terpaksa merelakan dinding-dinding rumah aku di sketch secara seninya tanpa had. Walaupun aku baru je pindah rumah baru tak sampai setahun, dinding hall dan bilik-bilik habis jadi mangsa kerakusan tangan-tangan 2 orang anak aku yang paling kecil.

Wife dan aku dah tak terpantau pergerakan anak pompuan dan lelaki aku yang bongsu, Si Ainin Darwisyah (4 tahun) dan Aiman Hariz (1 1/2 tahun). Pantang dapat pen dan buku, aku dipukau seberapa ketika dengan ketekunan mereka menulis di atas buku yang diberi. Rupa-rupanya aku tertipu..warrrgghh... dinding juga yang ditujunya. Bukannya setakat dinding batu sahaja, malahan dinding peti ais aku pun jadi mangsa... dahsyatt!

Foto 1. Dinding peti ais dah macam "white board"

Cuma keperihatinan aku sebagai ayah telah dapat mengenalpasti pencipta sesuatu abstrak itu. Kalau garisan memanjang berbentuk ular atau kekadang garisan putus-putus tanpa diketahui sama ada objek itu benda hidup atau tidak, itu sah-sah kerja anak lelaki bongsu aku si Aiman Hariz.

Tapi kalau aku jumpa angka-angka yang boleh aku baca terutama nombor "4, 5 dan 6", itu sah tulisan si Ainin Darwisyah. Sebab dia nyer nombor feveret 4, 5, 6 ahakss..

Foto 2: Ini hasil masterpiece Ainin Darwisyah dekat pintu masuk. Identiti "4, 5, 6"

Isskh memang pening aku dengan karenah anak-anak kecil yg baru pandai pegang pen nih. Semenjak aku pindah rumah 2 tingkat yang baru ni, aku tak berani lagi beli perabut-perabut baru. Semua nafsu serakah nak beli perabut jati laa, sofa Italy laa, kerusi Cleopatra laa aku lupakan dulu..ahakss. Sanggup aku suruh pakai je sofa 8 tahun lepas bagi mengelakkan sofa baru di "signature"kan oleh bebudak ni.. ttthehe..


Foto 3. Ini kerja Si Aiman Hariz. Jahanam aku nyer dinding tangga

Fuhh.. kita ni mak bapak nak tak nak kena salurkan juga kreativiti anak2 ni ke tempat yang betul. Mana yg suka menconteng tu, kena bawak-bawak lah masuk kelas melukis supaya bakat anak-anak tu dapat diluahkan secara positif dan di tempat yang betul. Aku baru je daftarkan anak-anak aku dalam kelab "Buzzy Bees" IOI Mall Kulai. Banyak acara melukis dianjurkan oleh kelab tu yang boleh anak-anak aku sertai. Kalau kita terlepas pandang anak-anak kita ni, mungkin boleh jadi punca Vandalism pada harta benda awam.


Foto 4. Wanted "Aiman Hariz & Ainin Darwisyah". Diam-diam je korang make over rumah ayah kau yerr

Isskh.. kalaulah aku ni suka conteng kat tempat-tempat awam buat masa sekarang ni, tak de benda lain aku tulis. Aku akan tulis http://enter.mysvr2u.net besar2 dan banyak2. Dari sesaja tulis bebenda tak berfaedah, baik aku galakkan orang join program belanja dan jimat. Boleh dapat income tambahan. Dah join belum? Kalau belum klik lerr http://enter.mysvr2u.net

Baru je habis promotion "Go Lucky Jimat dan Menang 2009". Dah ada orang pun yang bawa balik Perodua Viva untuk beraya, best nyerr kereta free. So, apa lagi promotion yang Daily Fresh buat? ttthehe.. dah tak de . Kalau buat promotion makan-makan masa bulan puasa ni pun buat apa. Bukan boleh dipaksa-paksa makan .. suruh makan free pun orang Islam tak boleh makan..

Jadi ketika ni, kita ambil kesempatan untuk menghargai peminat-peminat fanatik produk Daily Fresh. Kita adakan Local Marketing Campaign je. Siapa peminat fanatik produk Daily Fresh, jangan lepaskan peluang ni. Sekarang di kiosk2 yang mengambil bahagian, ada mengedarkan kad stamp "Get Your Reward" macam gambar kat atas tue. Kad ini terhad dan dikawal. Ianya perlu diminta. Hanya yang regular dan penduduk setempat sahaja akan diberi. Cara nak gunakannya ialah:

1. Dapatkan kad stamp "Get Your Reward" dari kiosk yang anda pergi. (Mungkin anda disyaratkan membuat pembelian dahulu sebelum mendapat kad ini. )
2. Setiap pembelian akan mendapat satu stamp.
3. Jika cukup 5 stamp, anda boleh menukarkan kad ini dengan satu cawan small Corn atau Wafito Classic percuma .
4. Jika tak nak corn percuma atau wafito classic, teruskan mengumpul stamp sehingga 8 stamps utk ditukarkan ke Wafito Deluxe.
5. Jika tak nak juga Wafito Deluxe, teruskan mengumpul 9 stamps untuk ditukarkan kepada Ice Kimo yang menggiurkan.

Syarat2 penting lain ialah kad ini hanya boleh digunakan di kiosk yang anda dapat kad itu sahaja. Kad ini tidak sah ambil kat kiosk lain, dan beli di kiosk lain atau beli di pelbagai tempat.

Jadi jangan tinggalkan kad "Get Your Reward" bila keluar bershopping, kalau tidak anda rugi besar.

Ada lagi kad yang juga penting yang perlu anda bawa ketika bershopping iaitu Gold Card dari http://enter.mysvr2u.net . Setiap pembelian yang kita buat di merchant2 terpilih akan mendapat mata-mata ganjaran yang boleh ditukarkan untuk penjimatan terhebat!

Dalam masa yang sama bila anda menyertai http://enter.mySVR2u.net, anda akan mendapat Gift Card tersedia ada nilai dalamnya RM50 yang boleh digunakan untuk membeli minyak di Petronas.

Jangan lupa yer, bawa "Get Your Reward" kad dari Daily Fresh dan "Gold Card" dari http://enter.mySVR2u.net bila bershopping!

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

PENCURI AIR MILO DI BULAN RAMADHAN

Apalah pencuri nih. Air Milo pun nak curi. Tak de kerja betul. Yang paling aku marah ialah dah la mencuri air milo aku, mesin air milo tu pun suis nye ditutup. Habis satu tabung air Milo aku basi. Nak buat jadi satu memori, suka-suka je tinggalkan gelas kosong yang dah guna atas kaunter kedai aku. Pencuri oh pencuri. Ni kan bulan puasa cuba la insaf. Tapi mungkin kau ni tak puasa atau kau bukan Islam kot. Maklumlah ramai kaum dari dalam dan luar negeri kerja kat Shopping Mall tue. Bebetul majmuk, nak jadi 1Malaysia la katakan huh..

Ni kali kedua kau curi air milo aku yg dapat aku kesan dan aku report. Tak tau pulak brp kali yg aku tak dapat kesan. Tapi sempena bulan berkat Ramadhan ni, aku berdoa dengan sepenuh keinsafan supaya pencuri air milo ni bertaubat dan menyesal.

Ada je kau nyer projek ye Pencuri selepas waktu kerja. Tak pe, aku dalam proses membeli camera CCTV dari income yg aku dapat dari program MySVR2u.net. Budget 4 set camera dengan satu DVR dalam RM1K. Jadi memang jimat gilerlah sebab tak keluar duit dari poket. Potensi program kad rebat mysvr2u.net pulak hebat, rasanya kalau diizinkan Allah, bulan depan dah boleh pasang camera CCTV tu. Korang dah dapatkan Kad Rebate Minyak belum? Kalau belum boleh join program berbelanja dan jimat ni http://enter.mysvr2u.net

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

5 LANGKAH INTEGRASI HARMONI

Semalam aku pergi ke Pejabat Imigresen di Bangunan Pekan Rabu, Johor buat pasport antarabangsa. Terpandang satu mini stand display tentang 5 Langkah Integrasi Harmoni di atas setiap kaunter. Menarik!

5 Langkah Integrasi Harmoni
1. Pandang - Look
2. Senyum - Smile
3. Ucap - Greet
4. Layan - Serve
5. Terima Kasih - Thanks

Menarik sebab aku gunakan konsep yg sama utk menarik pelanggan datang ke kiosk Daily Fresh aku. Langkah No. 1 & 2 tu tersangat power. Setiap pandangan peribadi tepat kepada mata shoppers yang lalu lalang di depan kiosk, boleh menarik secara tiba-tiba shoppers tu menuju ke kiosk. Huhuu Macam pukau lakk..

ps: Tahniah pegawai2 imigresen yang layan aku semalam. Very effektif and polite. Good job!

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak

SALAM,

Terima kasih kepada yang menyertai peraduan teka-teka kali ini. Ramai yang meneka, tp ada yang ditolak penyertaannya kerana telah melebihi tarikh tutup 30hb Julai 2009. Jawapan yang sebenar dan pemenang adalah di seperti dibawah:

Hadiah telah selamat dihantar:


TAHNIAH!!!

=========================================================
SOALAN


Semalam aku kena bebel dengan isteri sebab kotak-kotak jagung dah bertimbun kat porch kereta. Tak tahan dengan jelingan maut dan suara frekuensi tinggi yang berterusan, aku pun punggah la masuk dalam "MPV" Rusa ttthehe sampai penuh satu bahagian belakang. Cuba teka berapa kilo berat-berat kotak ni keseluruhan?

Hint: Bukan penuh satu van, cuma satu baris bahagian belakang sahaja.

Hadiah: Sesiapa yang menjawab dengan TEPAT atau paling hampir akan dikira sebagai pemenang dan menerima:

1 x RM30 prepaid (pilih maxis, celcom atau digi)

Bila tamat tempoh peraduan dalam tempoh 48 jam sy akan transfer kredit terus ke nombor handphone yang anda berikan.

Jika ada lebih dari seorang yang meneka dengan tepat, pemenang yang meneka lebih awal dikira pemenang mutlak [syarat tambahan 18.7.2009]

Tarikh tutup: 30 Julai 2009 12.00 tengah malam

Cara menjawab peraduan ini: Klik comment dibawah dan isikan jawapan anda mengikut format dibawah

Jawapan<>Maxis/Celcom/Digi<>No hp utk di top up

Cth: 47Kg Maxis 012897483

Berapa kali anda boleh mencuba?: Seberapa banyak yang anda mahu.

Kenapa saya buat peraduan ini: Saja for fun dan istimewa kepada pengunjung blog saya. Lagipun sy kena cukupkan quota pembelian bisnes prepaid MyMode sy utk layak dapat Leadership Bonus. Sy ni malas menjual ttthehe


Entah macam mana pagi2 ni, aku boleh teringin nak langgan surat khabar digital. Selalu juga aku langgan surat khabar online ni, kekadang Berita Harian, kekadang Utusan dan kekadang New Straits Times. Selain jimat penggunaan kertas, kita tak perlu keluar rumah kekedai beli surat khabar. Buka mata pagi2, terus je boleh baca surat khabar di internet.

So, pepagi ni aku pun buka ebrowse. Login dan bila aku masuk dalam ada, Free Publication pulak ttthehe. Ada The Sun dan juga Game Time PC.com. Jadi tak jadi la nak beli. Kita baca surat khabar free huhuu. Berita dia lebih kurang sama jer dengan yang lain.

Kena guna browser Internet Explorer je untuk membaca. Kalau guna browser lain, surat khabar macam kat bawah ni tak keluar.

Ok, penerangan dah habiss. Boleh membaca sekarang melalui laman ni.

Si Abu (bukan nama sebenar) dulu kerja kilang bertungkus-tungkus siang malam ambil OT nak kaya, tapi tak kaya2. Tapi lepas kena berhenti kerja kilang, dia jadi insuran agen dan tak sampai setahun si Abu ni jadi Top Achiever Agent dalam insuran.

Pastu bila Si Leman tengok Si Abu berjaya gegiler dalam bidang insuran, dia pun berhenti jawatan Guru yg dah disandang berbelas tahun dan pernah dianugerahkan Guru Cemerlang Negara, terus join industri insuran jadi agen juga. Malangnya nak dekat 5 tahun pun, pendapatan sekadar cukup makan dan gaji guru lagi besar dari gaji insuran sekarang.
Kenape ek? Cuba renung-renungkan senario ini. Aku pun sebenarnya dah "lalu" juga senario ni. Pilih kursus ikut cakap kawan kerana tak tau minat bidang apa. Belajar bagai nak rak dari Diploma dalam negara ke Degree luar negara tapi tak tau nak jadi apa bila habis belajar. IQ bijak tp cuma jadi manager kilang. Gaji pulak pun tak sampai 5 angka. isskh.. budusnya

So apa point nyer ek?

Kalaulah si Abu tahu potensi dan kekuatan diri dia adalah pergaulan dan komunikasi sesama manusia, dah lama si Abu berhenti bercakap dengan mesin kat kilang tu. Kalaulah si Leman tahu yg kelemahan utamanya ialah malas follow up dan jumpa client, elok dia jadi cikgu jer sampai jadi guru besar! Dan aku pulak, sudah mesti aku pilih kursus yg aku minat dan terus jadi usahawan.. ttthehe

Pointnye kat sini ialah setiap individu itu unik. Kelemahan pada seseorang, mungkin kekuatan pada seseorang yang lain dan begitu juga lah sebaliknya.

Kenalilah potensi diri anda. Gunakan Strength/Kekuatan diri dengan sebaiknya. Jangan ikut pepatah "kalau dia boleh, aku mesti boleh" sebelum menilai kemampuan kita atau "Belum Cuba Belum Tahu" jika anda dah tahu anda lemah sesuatu bidang itu. Memulakan dengan weakness/kelemahan diri hanya melambatkan kita mencapai kejayaan. Banyak masa dan tenaga akan dibuang utk memperbaiki kelemahan terlebih dulu yg kadangkala gagal diperbetulkan pun.

So bagaimana nak kenal potensi diri..

1. Aku guna SWOT, leh baca kat sini SWOT Analysis (guna free template yg diberikan)



2. Cara yg popular sekarang ttthehe Rahsia Tarikh Lahir

Dah kenal apa Strength atau Kekuatan anda? Baru mudah anda memilih kerjaya dan perniagaan anda. Kerjaya dan bisnes yg anda lemah, boleh lupakan terus.. ttthehe

So sekarang anda boleh teka kenapa sy pilih MyMode dan Daily Fresh sebagai bisnes terpilih dan anda juga boleh teka apa strength yg saya ada sehingga boleh dikatakan berjaya di dalam bisnes2 ini. (perasannn.. ttthehe)

p.s. Tolong jgn ajak aku join MLM jenis jumpa2 orang atau jual produk2 kesihatan, please aa.. tu aku nyer weak bisnes. Aku lebih kenal diri aku dari korang ahakss..


Semalam 5 July 2009, giliran aku ke udara di RTM 1 secara langsung pukul 10.00 pagi di rancangan "APA KATA WANITA? BERSAMA ZAMZARINA"

Memang setiap minggu seorang dari franchisee Daily Fresh akan menayangkan muka di TV sebagai sokongan kepada syarikat dan juga mempromosikan outlet masing-masing.

Jadi inilah video slot aku di TV.

Kuiz: Berapa patah perkataan yang aku sebut dalam video di bawah? ttthehe



[video sumbangan En. Fadzil Issia]


Cuba tengok riak wajah Abang Awalludin ni yang tengah terima hadiah Handphone Samsung berharga RM999 kerana berbelanja di Daily Fresh. Puas sangat.. ttthehe Mana tak nyer dia hanya beli Ice Kimo yg harga tak sampai RM4.00 secawan dan isi baucer Go Lucky, tetiba hari Ahad terima panggilan dari RTM secara live di rancangan "Apa Kata Wanita? bersama Zamzarina", jawab soalan mudah dan terima hadiah handphone tueeeerrr..

Yang bestnye, walaupun dah menang hadiah mingguan handphone, Abg ni tetap berpeluang utk cabutan grand prize sebuah kereta Viva.. huhuuu

Encik Awalludin sedang menerima hadiah Handphone Samsung dari saya bersama wakil syarikat Daily Fresh, Encik Danial

Jadi jangan lepaskan peluang semasa kempen Go Lucky Jimat dan Menang 2009 sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2009 ni. Mana tau, dengan membeli jagung, waffle dan ice kimo dengan harga diskaun, dapat pulak kereta sebiji. Dapat lah kau orang memandu kereta free dengan perut kenyang.. ttthehe

p.s: Abg Awaluddin, terima kasih berbelanja di kiosk sy. Makbul juga doa saya supaya ada lah wakil pelanggan bertuah dari kiosk sy jadi pemenang antara ribuan pelanggan Daily Fresh kat seluruh Malaysia nih.. Alhamdulillah...

Maklumat lanjut tentang Promosi Go Lucky Jimat dan Menang, klik sini


Alhamdulillah 3x. Semalam aku pi meeting Go Lucky promotion di HQ Daily Fresh. Sebahagian franchisee datang ke meeting tu untuk membincangkan status kempen Go Lucky dan maklum balas yang diterima. Amat membanggakan!

Dan yang paling membanggakan bila Manager A&P mengumumkan pemenang TOP NATIONAL OUTLET (Whole Malaysia) with Highest Return Voucher for APRIL 2009 ialah

IOI MALL, KULAI


Banggee sebab.. kan aku owner kiosk tue.. ttthehe Tapi apa yang penting kena ucapkan JUTAAAaaaaan TERIMA KASIH kepada pelanggan-pelanggan Daily Fresh IOI MALL yang telah sudi berbelanja menggunakan baucer Go Lucky Jimat dan Menang. Tanpa customer, sapa laaa nak beli jagung ngan wafito yg kedai aku jual tue.. ttthehe..

Jadi terus bersama Daily Fresh sebagai pilihan No. 1 cup corn, ice kimo dan wafito anda!!!

So.. apa yang aku dapat?... waaaa meriah.. dapat la aku STOK PERCUMA bernilai ratus-ratus gak laa.. ttthehe.. so apa plan seterusnya.. WINNER FOR MAY 2009 la pulakk.. ttthehe







Satu penghargaan kepada aku kerana kiosk aku terpilih untuk penggambaran RTM1 bagi rancangan "APA KATA WANITA? BERSAMA ZAMZARINA" pada 7hb May 2009 hari tu. Ia nya pun sudah on air pada hari Ahad 10hb May 2009 yang lepas. (Video akan diupload kemudian)

Seminggu sebelum group RTM1 datang kiosk aku, arahan dah dikeluarkan dari pihak Daily Fresh untuk aku bersedia dengan kebersihan. Dan seminggu tu laaa, krew aku kena bersihkan dan lap kiosk sepanjang masa... ttthehe.

Tapi nasib baik laaa aku ni pengeluar produk pencuci serbaguna dan penghalau lalat Zazz. Zazz ni tidak beracun jadi sesuai digunakan sebagai bahan pencuci dan penghalau makhluk perosak kat premis makanan. Selain tu, ianya sangat berkesan menghalau lalat dan serangga perosak jauh2 dari kiosk kita dan bersarang kat kedai orang lain yang tak guna Zazz tttthehe lawak jerr..
Sesapa yang nak tau pasal Zazz yang syarikat aku keluar dan pasarkan, sila layari
http://zazz-power.blogspot.com/

Jadi hari tu selain dia orang shooting kedai aku, aku kena bercakap sket utk promote kempen Go Lucky dan kiosk aku Tesco Kulai tu. Dia orang kasi aku satu kertas A4 dan tertulis skrip. Aku ingat kena hafal ttthehe.. rupanya dia lekat kat depan kamera pastu suruh aku baca.


Fuuhhh.. membaca pun sambil 7-8 kali take!! ttthehe.. ada je tersasul. Kekadang mata aku duk melilau kekiri kekanan pun, take tu kena reject.. ttthehe payah tul kalau tak de experience nih.

Kau nak tau apa yang aku kena baca ikut skrip tu? Ni aa "Jangan lupa menonton rancangan Apa Kata Wanita? Bersama Zamzarina setiap Ahad 10 pagi dan dapatkan baucer Go Lucky Jimat dan Menang di Daily Fresh TESCO KULAI!" ttthehe

Bawah ni ada la gambar cameraman RTM1 dan krew masa shooting. Terkilan sebab tak de orang ambik gambar aku masa aku tengah shooting baca skrip dan terkilan juga sebab Zamzarina tak jadi datang kiosk aku hari tue.. wuaaaaAAAAaaaa!!








Sedutan dari laman web rasmi "http://apakatawanita.com/" pemenang Cabutan Lucky Draw Daily Fresh yang telah dilakukan...

Kepada agen2 MyMode yang terkejut kerana gagal mentop up modal melalui Cash Deposit Machine dan 3rd Party Transfer kerana keluar error akaun bank telah ditutup, jangan ribut2. MyMode dah sediakan cara alternatif. Cara paling mudah dan paling dinanti2 oleh agen2 MyMode iaitu top up modal secara online melalui www.maybank2u.com.my

Anda perlu ada akaun di Maybank dan telah mengaktifkan kemudahan http://www.maybank2u.com.my/. Apa yang perlu adan buat ialah login ke dalam http://www.maybank2u.com.my/.

Pilih menu "Buy Online"

Pilih menu MYeCASH

Pilih MYeCASH lagi dan ikut la arahan seterusnya...

Nota:

1. Pilihan tunai yang ditawarkan ialah RM30, RM50, RM100, RM150 dan maksima RM200 sahaja.
2. Ada caj dikenakan... ttthehe..

Nak join MyMode under aku.. leh klik sini : http://mymode-income.blogspot.com


Selamat mencuba!!


Pandangan Hadapan Tesco Kulai

Haa.. mesti ramai nak tau macam mana bentuk kiosk aku kat Tesco Kulai kan?? Haa ni dia..
Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Berbentuk bujur dengan keluasan 116 sqft. Di sekeliling kiosk terdapat lampu fluorescent. Dihiasi dengan decorative stiker disebahagian tepi dan kayu-kayu berwarna di sebahagian tepi belah hadapan. Kat belah dalam agak sempit. Hanya boleh laluan seorang pekerja sahaja, kerana di tengah-tengah terdapat sebuah chiller dan freezer 4kaki panjang. Aku kena pilih pekerja yang punggung tidak terlalu lebar dan tidak terlalu tinggi untuk memberikan keadaan tempat kerja yang selesa. Kat atas kiosk tu, terdapat menu board berlampu menyenaraikan senarai produk dan harganya sekali.

So apa berlaku semasa hari Grand Opening Tesco Kulai pada 16hb April 2009???

Fuiyooo Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!!! Happening habis..

Seawal pukul 7.30 pagi, early bird shoppers dah berkumpul kat tangga basement. Ramai gilerr.. Padahal hari tu hari khamis, dia orang ni tak kerja ker??

Memula awalnya tidak berapa ramai yang datang ke kiosk aku. Maklumlah semua nak masuk Tesco dulu. Aku letak maskot nak tarik orang sambil edarkan baucer diskaun kempen Go Lucky.

Maskot ngan anak aku, Aiman


Sampai tengahari, orang mula turun dari Tesco yang berada di tingkat atas (tingkat satu), turun cari makan kat level Mezzanine di mana foodcourt dan kiosk aku terletak.

Memula sikit..

Kemudian banyak sket..
Kemudian dah start gathering kat depan kiosk aku..

Kemudian crowded gilerrr...

Nasib baik pelan bertindak aku hari tu effektif. Selain dari krew tetap 3 orang yang aku sempat hire, aku panggil 3 orang lagi adik-beradik aku tolong. Fuhh.. lepak dia orang beb..


4 hari opening days 16 (Khamis), 17 (Jumaat), 18 (Sabtu) dan 19 (Ahad) April 2009 memang satu tempoh yg memenatkan tetapi menyeronokkan. Penatnya sebab, Tesco wajibkan semua kedai dibuka pada pukul 8 pagi dan tutup sekurang2nya pukul 10.30 malam. Tapi Tesco pada 4 hari tersebut lanjutkan bisnes hour sampai pukul 1 pagi. Jadi dah pukul 10.30 malam pun masih ramai orang beli jagung dan waffle kat kiosk aku. Takkan nak tutup.. ttthehe rugi bebb..

Aku harap sambutan shoppers ke Tesco ni akan berkekalan. Ikut feedback dari penduduk setempat, Tesco Kulai akan menjadi pusat tarikan baru kerana saiz dan friendly service yang diberikan terutamanya Kad Tesco yg memberi banyak keistimewaan dan penjimatan.

So.. setakat ini dulu kisah Daily Fresh Tesco Kulai aku. Kalau korang nak ada niat nak buka perniagaan franchais, jgn setakat berangan saje. Kumpul modal dan dalam masa yang sama belajar ilmu perniagaan melalui kursus2 percuma yang diberikan. Nak senang kumpul modal, ikut cara aku dengan join bisnes ni.



----------------------------------------------
I reveal one of my best side incomes. Please click below banner.
RM3K RM4K RM7 THOUSAND above a month







Gambar-gambar lain sekitar Grand Opening....






Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid