Recommended Multiple Stream Income Opportunities

Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak Jutawan Power Root

PENGUMUMAN: IKLAN BAUCER DI HARIAN METRO TELAH "TERLUPA" DIMASUKKAN OLEH HARIAN METRO SEPERTI DIJANJIKAN UTK TERBITAN 1HB JANUARI 2008. IKLAN BAUCER HANYA AKAN KELUAR PADA 2HB JANUARI 2008. HARAP MAAF ATAS KESILAPAN YANG BODOH NI.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang baca blog yang aku tulis ni, aku boleh isytiharkan korang adalah kumpulan yang terawal tahu pasal latest promotion yang di buat oleh Daily Fresh ni.

Sempena pelancaran rasmi product WAFITO (stand for waffle + filling + topping), Daily fresh akan beri secara PERCUMA sekeping WAFITO Chocolate kepada setiap pelanggan yang menunjukkan keratan Akhbar HARIAN METRO yang akan diterbitkan pada 1 JANUARI 2009.



Anda yang perlu u all buat ialah bawa BAUCER keratan akhbar Wafito free tu ke memana kiosk atau cafe Daily Fresh sekitar anda yang ada menjual produk WAFITO. Untuk makluman, tak semua kiosk Daily Fresh jual produk WAFITO ni. Hanya kiosk jenis STANDARD, ISLAND dan CAFE yang besar je ada jual. Better pergi cari kiosk Daily Fresh yang ada dalam shopping-shopping mall yang grand dan besar2 la.



Apa best nyer WAFITO ni?

Memang best sesangat! Dia nyer taste hi-class dibandingkan dengan WAFFLE biasa. Harga dia pun lebih mahal iaitu RM3.50.

Jika WAFITO CHOCOLATE, tepung yang digunakan adalah betul2 tepung perasa coklat. Bukan tepung perasa vanilla yang biasa digunakan dalam waffle. WAFITO tu pula akan disapu filling PEANUT BUTTER. Yang paling unik dan specialnya akan diletakkan di atas PEANUT BUTTER tu beberapa CHOCOLATE PIECES atau CHOCOLATE FLAKES! Bayangkan la rasanya bila WAFITO yang panas itu mencairkan PEANUT BUTTER dan CHOCOLATE PIECES yang teradun masuk ke mulut kita. Yummyyy...

Untuk promosi pelancaran kali ini, hanya WAFITO CHOCOLATE je yang diberi PERCUMA. Ada juga WAFITO COFFEE, WAFITO PANDAN KAYA [RM3.50],

WAFITO READ BEAN, WAFITO RAISIN DAN WAFITO CHICKEN FLOSS [RM3.00] tetapi kalau u all nak rasa, ttthehe kena beli laaa...

Okey.. jangan lupa yer.. Beli HARIAN METRO 1 JANUARI 2009 dan redeem di kiosk Daily Fresh. Hanya satu hari dan jumlah nyer terhad kepada 300 pengunjung terawal di setiap kiosk.. Berbaloi ooo Harga satu paper BH baru RM1.50, WAFITO RM3.50! So beli paper BHarian banyak2 dan makan WAFITO PERCUMA!!! huhuuu..


Azam Maal Hijrah 1430

Motivational Quote:
You cannot run away from a weakness; you must sometimes fight it out or perish. And if that be so, why not now, and where you stand? Robert Louis Stevenson


Salam dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.

Satu lagi buku baru dibuka dan buku tahun lepas ditutup. Yang elok dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Tahun ni aku nak mula lain sikit dan aku nak berazam pada tahun Hijrah. Biarlah aku letakkan azam pada tahun ini pada 1 Muharram tahun Islam daripada tahun Masihi yang selalu aku buat. Biar makna azam Hijrah tu sepadan dengan kehendak Islam.

Jadi untuk memudahkan aku mencapai segala azam (matlamat/visi) tahun ini, aku permudahkan perancangan dengan membahagikan kepada 5 aspek atau 5 rukun beserta perinciannya.

1. AGAMA
- Jika diizinkan Allah, terpilih di dalam senarai rayuan seperti dipohon,aku nak bawa Mak dan Mak Mentua menunaikan Haji ke Mekah pada tahun ini.
- Lama dah tak khatam Al-Quran. Insya Allah, aku nak khatam Al-Quran sekali lagi dalam tahun ini.
- Nak buat korban Hari Raya Haji Tahun ini
- Rumah baru aku pindah ni dekat sangat dengan surau, jadi aku nak selalu berjemaah di surau.

2. KELUARGA
- Menyempurnakan Rumah baru dibeli dengan kemudahan yang selesa untuk isteri dan anak-anak tinggal, belajar dan berkembang. Suasana sangat penting.
- Aku nak luangkan masa rehat antara waktu Maghrib dan Isyak bersama anak-anak. Nak temankan dia orang belajar dan tengok-tengokkan hal pelajaran dia orang.
- Nak lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak dan isteri.

3. KARIER

- Insya-Allah satu lagi cawangan Daily Fresh milik aku akan dibuka di sebuah lagi shopping mall terkemuka di Kulai ini.
- Membuat beberapa satelit (kedai kecil) Daily Fresh di Kulai dan memfokuskan konsep "Ini Wilayah CELCOM DAILY FRESH" untuk memperkuatkan brand awareness dan marketing
- Menambah 2 lagi side incomes melalui direct trading product yang telah pun dikenal pasti
- Mengaktifkan aktiviti blogging dan membina networking yang bukan sekadar atas dasar perniagaan semata-mata tetapi kepercayaan dan persahabatan

4. KOMUNITI
- menyertai dengan kerap program kejiranan yang diadakan oleh penduduk setempat
- kalau boleh dapat menyumbang dari segi kemahiran mengurus, kewangan dan tenaga dalam persatuan penduduk setempat.
- Kalau ada Rukun Tetangga, nak join juga lagipun aku ni seorang anggota RELA berdaftar

5. KESIHATAN
- Luangkan masa setengah jam jogging/walking selepas solat subuh berjemaah di surau untuk melonggarkan otot-otot dan menyegarkan badan.
- Mendisiplinkan diri minum banyak air masak dan mengurangkan minuman/makanan manis untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan kengkawannya.
- Waktu kerja malam nak hadkan tidak melebihi pukul 12.30 pagi. Kena berhenti dan tidur. Tidur yang tak cukup boleh kurangkan produktiviti dan kreativiti berfikir.

Aku harap azam sempena Maal Hijrah tahun ini dapat dilaksanakan. Aku percaya, matlamat yang ditulis dan dibaca setiap hari akan sentiasa mengingatkan aku kewajipan melaksanakan azam-azam tersebut daripada di simpan dalam kepala dan aku pun lupa. Bila lupa, setiap tahun dok ulang azam yang sama. Buang masa jer..

Bila ternampak je satu van Pos Laju berhenti depan rumah, aku dah agak aku akan dapat satu hadiah percuma hari ini. Alhamdulillah, kat tangan aku ada satu barang berbungkus rapi dalam plastik pos laju.

Seperti yang aku jangka, aku dah terima sebuah buku dari AdikBijak.Com yang aku pesan 2 hari lepas secara PERCUMA! Ini adalah satu penghargaan kepada aku kerana bersungguh-sungguh mempromosi produk-produk yang dipasarkan oleh AdikBijak.Com melalui link affiliate yang disediakan di beberapa web-web yang aku selenggarakan.
Buku ini, bukanlah yang pertama aku terima. Rasanya sudah lebih dari 4 - 5 kali, buku percuma aku dapat. Memang berbaloi!

Kali ini aku order buku karya Mohd Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria bertajuk "Langkah Bijak Usahawan Terbilang". Baca tajuk jer aku dah cukup teruja nak mendapatkannya. Memang tersangat relevan dengan karier aku sekarang. Aku rasa dalam satu peringkat, aku dah berjaya menjadi seorang usahawan. Tetapi aku masih tercari-cari ciri-ciri usahawan yang berteraskan dasar-dasar dan prinsip Islam. Aku ingin menjadi seorang usahawan yang membuat keuntungan secara berpada-pada dan sebagai satu ibadah serta bukan secara kapitalis yang menindas dan mengabaikan aspek kejujuran dan kemanusian. Aku mencari keberkatan dan keredhaan Allah dalam mengumpul kekayaan.

Aku terus selak-selak muka-surat secara imbasan. Memang pandai betullah Dr. Fadzilah dan Muhammad Zakaria ni tarik perhatian aku. Cara susunan buku ini menarik sungguh dan menenangkan mata aku, sebab banyak ilustrasi dan gambar-gambar yang relevan dengan tajuk. Tajuk-tajuk yang dia tulis pulak tu, memang aku nak sangat tau. Antaranya, "Keusahawan menurut perspektif Islam", "17 Sifat Keperibadian Seorang Usahawan", "Analisa Diri", "Amalan Perniagaan Tidak Beretika", "14 Langkah Menyediakan Rancangan Perniagaan", "Punca Masalah Usahawan", "Amalan Bertindak Untuk Murah Rezeki" dan banyak lagi yang makin aku selak, makin aku rasa tak tau la pulak, ttthehe. Paling unik, kebanyakkan maklumat disokong oleh ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Memang tak boleh disangkalkan lagi bahawa Islam memang menggalakkan menjadi Usahawan.

Setakat ni, aku rasa aku dah jumpa buku pelengkap tentang usahawan. Dah berbelas-belas kursus usahawan aku pergi dan buku tentang usahawan aku ada, tapi kandungannya boleh kata serupa. Semuanya berkisarkan macam mana buka perniagaan, pasar produk, buat Rancangan Perniagaan, risiko dan persaingan. Jarang cerita macam mana nak buat perniagaan menurut Islam dan menjadi usahawan Islam.

Aku sangat syorkan kepada usahawan, bakal usahawan dan pelajar sekolah membaca buku ini dan semaikan dalam kepala ciri-ciri keusahawanan Islam. Aku petik satu bahagian dalam buku ini yang juga menyelitkan tulisan Dr. Irfan Khairi, seorang usahawan Internet dalam bukunyer "Nota Jutawan, Nota Motivasi". Apabila Dr. Irfan Khairi ditanya apakah pelaburan yang paling menguntungkan jika anda mempunyai RM1000, RM5000 atau RM10000?

Dr. Irfan Khairi menjawab, beliau akan melaburkan wang tersebut dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi sama ada dengan membeli buku, majalah, kaset, CD, VCD, mengikuti seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. Dengan cara ini, Dr. Irfan Khairi boleh mendapat pulangan mungkin setinggi 100%, 200% atau 300% berbanding melabur dengan perniagaan biasa yang hanya berpulangan 10%, 20% dan 30% setahun sahaja!.

Jadi belilah dan bacalah buku ini. Teruskan tradisi menimba ilmu dan laburlah dengan hanya RM37.00 anda mungkin dapat untung daripadanya berlipat kali ganda!

Ini link bukunya untuk info lanjut dan sinopsis. "Langkah Bijak Usahawan Terbilang" karya Mohd Fadzilah Kamsah dan "Nota Jutawan Nota Motivasi" karya Irfan Khairi.

ps: Kalau anda nak dapat percuma macam saya, letak je link adikbijak.com dalam web atau blog anda. Caranya pergi ke link ini adikbijak.com, kemudian klik TAB PENDAFTARAN untuk mendaftar sebelum anda dapat link promosi.

Selamat Beramal dan Renung-Renungkan! ttthehe

"Sekiranya telinga gajah yang besar tidak menutup penglihatan untuk melihat betapa besar badannya, sudah tentu Gajah berasa lebih yakin terhadap keupayaan dan kekuasaan dirinya untuk menjadi raja segala binatang". Ini mungkin cuma suatu bidalan atau perumpamaan.

Tp sememangnya benar dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekiranya kita dapat mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Mencungkil bakat dan kelebihan yang Allah berikan yang selama ini tenggelam, sudah tentu datang keyakinan diri untuk digunakan menghadapi segala cabaran untuk mencapai kejayaan.

Kalau kita sedar, betapa besar nikmat yang Allah berikan kepada kita khususnya Melayu beragama Islam, sudah tentu kita mempergunakan sebaiknya ke arah kebaikan. Jadi cuba kenali diri sedalamnya dan gunakan segala kelebihan yang anda ada.

Maklumat 1.




Your Birthdate: July 18



You are a cohesive force - able to bring many people together for a common cause.

You tend to excel in work situations, but you also facilitate a lot of social gatherings too.

Beyond being a good leader, you are good at inspiring others.

You also keep your powerful emotions in check - you know when to emote and when to repress.



Your strength: Emotional maturity beyond your years



Your weakness: Wearing yourself down with too many responsibilities



Your power color: Crimson red



Your power symbol: Snowflake



Your power month: September



Maklumat 2.

Nilai total tarikh lahir ku ialah = 8

Personaliti No. 8 ialah

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

Sumber Formula Maklumat 2: Catzer.com


ps: Kalau ada sesiapa yang ada panduan mengenali diri melalui tarikh lahir secara Islam, sila kongsikan bersama.



---------------------------
Ninety-nine percent of the failures come from
people who have the habit of making excuses.
- George Washington Carver

Ntah apa strategy Telekom dengan NSTP beri semua pengguna Streamyx baca akhbar Berita Harian atau Harian Metro secara PERCUMA selama 2 minggu.

Mungkin dengan harapan nak dominan market online dari pesaing terdekat atau nak lebih ramai pengguna Internet membaca akhbar tanpa kertas secara online. Cuma kalau dah ramai beralih membaca akhbar melalui internet, secara teorinya jumlah pembaca akhbar kertas makin la kurang. Boleh selamatkan alam sekitar kot!.

Apa-apa pun, kita jangan pulak sampai nak fikir terlalu dalam sangat kenapa orang beri free. Asal kita tak keluar duit poket sendiri untuk 2 minggu ni.. kita layan je la... ttthehe

Sila ingat login akaun streamyx dan password dan pergi ke http://ebrowse.bluehyppo.com/ . Opps ! Lupa nak beritahu. Jangan korang guna browser selain dari Internet Explorer. Jika diguna, sampai bebila laa surat khabar tu tak keluar2.

Selamat membaca!

Get 2 weeks e-browse FREE TRIAL now!

Dear Valued Customers, We are pleased to inform that from 15th October to 15th November 2008, TM is giving away 2 weeks free trial e-browse digital newspapers* for all Streamyx subscribers. Do take this opportunity to experience the service and enjoy subscription to newspapers at lower rate with e-browse.

Wednesday, October 15, 2008

source: http://ebrowse.bluehyppo.com/announcement.asp?ID=33




---------------------------
Ninety-nine percent of the failures come from
people who have the habit of making excuses.
- George Washington Carver


TAHUKAH ANDA APA BENDA INI DAN APA DISEBALIKNYA?

Tengok la pendedahan edisi siasat kali ini.

Aku ada dapat satu email tanpa tarikh yang di spamkan ke mailbox yahoo aku. Rerasanya perlu public ambik berat kerana ianya melibatkan hidup dan mati seseorang. Lebih kesian lagi bila melibatkan kanak-kanak yang tak berdosa.


BEIJING
(AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday .

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in

local markets and be au ty salons in Dongguan and Guangzhou
cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ..... threatening the health of local people,'
it said. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with AIDS, (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or
strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist
who gave only his surname, Dong, as saying. A bag
of ten of the recycled bands sells for just 25 s
en (three cents), much cheaper than others on the market,
accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry
has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made
for both domestic and foreign markets.

In response, it l au nched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen
monitoring systems.

_.___


Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their
mouth while trying to plait or tie their hair.


Jadi lepas lihat dan baca artikal di atas, berhati-hati membeli getah murah ikat rambut sepertinya. Selidik2 apa yang dibeli. Dan jangan la suka masuk semua benda dalam mulut.. yuckkk!!

------------------------------------------------

Aku memang dah tahu yang web Maybank2u.com akan mengalami perubahan hari ni sebab beberapa hari sebelum ni ada diberitau pada laman web yang lama. Cuma aku tak tau la macam mana perubahan yang akan berlaku.

So hari ni aku masuk la laman web www.maybank2u.com.my . Hemm.. sekali imbas nampak biasa je kerana design templatenya macam bentuk blog yang selalu kita tengok. Cuma boleh diberi pujian cara organisasi layout web yang lebih tersusun. Tajuk perkhidmatan dan features yang diberikan lebih menonjol dan mudah difahami dan mudah dicari.

Bila kita login sebelah dalam, dia punya bentuk macam image di bawah ni. Nampak jelas terbahagi kepada bahagian-bahagian dan disertakan penerangan ringkas intipati kandungan setiap tajuk utama. Kalau kita nak buat urusniaga perbankan, kita klik Accounts & Banking.


Bila kita klik Account & Banking keluar pulak, interface yang lebih mudah dan simple macam image di bawah ni. Tertera semua akaun yang kita ada dan jumlah RM yang ada sekarang.

Menu yang ditunjukkan lebih relevan dengan apa yang kita nak buat dan ianya lebih tepat. Tak semacam laman web sebelum ini, menu dipaparkan sepanjang-panjang page, tapi tak berkenaan. Buat penat mencari je.

Zaman sekarang ni, semacam wajib bagi semua orang mempunyai akaun bank online seperti Maybank2u. Kita kena gunakan teknologi untuk kemudahan kita. Bayar bil, bayar sewa rumah, hantar duit ke kampung semuanya boleh dibuat semasa kita di rumah. Kalau kita mengeluh harga minyak mahal, mengeluh kewangan dan sempit; kenapa kita tidak gunakan perkhidmatan online ini sebagai salah satu cara mengurangkan kos hidup. Minyak pun tak payah keluar, kos parking pun tak de, masa pun tak terbuang.

Untuk yang nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Wajib ada akaun Maybank2u. Kalau tidak ada, cepat buka akaun sekarang. Cara nak buka boleh baca link yang disediakan oleh M2u ni.

Yang penting jika nak guna perkhidmatan perbankan online ialah ada kesedaran tentang langkah -langkah keselamatan penggunaannya. Baca peringatan dan nasihat oleh M2U di sini.

Kelemahan web yang utama saat ni :: LOADING LEMBAB NAK MAMPUSSS... *&&%^<>*&^

--------------------

Jejak Kasih Usahawan

Aku tak lama lagi nak berpindah ke rumah baru. Fuh.. ini dah ke 4 atau ke 5 kali aku pindah randah. Aku pun dah tak larat nak pindah-pindah lagi. Asyik mengemas je. Kotak2 berisi barang dari perpindahan terakhir aku setahun lepas pun ada aku tak bukak lagi. Ni dah nak kena pindah lagi.. fuhhh..

Dalam aku mengemas-gemas buku, fail dan dokumen, sempat gak la aku belek-belek fail-fail lama. Ada byk kursus yang aku attend dan sama banyak lah dengan jumlah fail yg aku dapat. Kebanyakkan kursus yg aku pergi dalam bentuk manufacturing dan management. Maklumlah aku dulu kan mat rempit kilang. Dalam pada tu atas dasar minat, banyak juga kursus keusahawanan yang aku pergi. Paling lama ialah kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) pada tahun 2005. Murah je kursus tu RM250 utk seminggu duduk di hotel taraf ekslusif jugak. Siap makan-minum dan boleh berenang kat kolam lagi. Syok betul lah.

Dalam batch siri 132 ni ada ramai gak participant. Semua kepala bisnes. Ada yang dah buka perniagaan dan ada yang baru merancang. Tapi power aa dia orang ni. Ada yg buka perniagaan minyak pelincir utk dipasarkan, ada yang jadi kontraktor, ada yang buka kedai buku dan printing. Memacam la kepala dia orang ni. Tapi mana pergi usahawan-usahawan ni sekarang selepas 3 tahun berkursus? Aku nak tau gak perkembangan dan kalau boleh nak belajar apa-apa ilmu bisnes yang patut. Kalau la ada kengkawan sekursus SUS tu yang terbaca dan masih teringat gambar reramai kat bawah ni, boleh la contact aku. Kita kena create semula bisnes link ni.


----------------------------


Weh, petrol esok turun harga!! Di ulang petrol turun harga!!!

Gulp! Semua buat tak tau je, macam buat tak kisah je khabar gembira yang diwar-warkan oleh Pak Lah kesayangan korang nih. Dah kali ke 2 atau ke 3 kot harga diturunkan sejak akhir-akhir ni. Tapi aku rasa berita harga minyak petrol turun tak sehebat berita harga minyak naik. Walaupun belum dikategorikan berita, tapi khabar angin pun dah cukup menghuru-harakan seluruh pelusuk Malaysia.

Agaknya rakyat dah rasa tak de pe-pe kesan sangat dengan penurunan harga minyak ni. Cuma satu produk je yang turun harga (minyak ni la), tapi ada beratus-ratus ribu juta produk kat pasaran yang dah ternaik harga, takkan turun-turun harganya. Ni yang susah ni. Naik senang, turun tak nak. Napa kerajaan tak paksa gak harga bebenda keperluan ni turun juga, baru la rasa nikmat sebenar harga minyak turun.

Silap aa.. kerajaan tak pandai agak yang harga minyak dunia akan turun juga selepas naik mendadak. Kalaulah.. kalaulah, kerajaan ni sabar sket untuk tidak menaikkan harga petrol sampai ke RM2.70 seliter, tak de la sangat barangan lain nak naik. Ni yang aku kesal nih.. rasa formula pembangkang untuk tidak menaikkan harga minyak ketika aku dengar perdebatan Si Anuar dengan Si Saberi ada logiknya. Guna la dulu dana memana.. bertahan. untuk tidak menaikkan harga tinggi sangat. At least utk beberapa bulan. Iskkh.. nasi dah menjadi bubur la.. tak lama lagi ramai la makan bubur.. kalau beras yg selalu makan dah harga RM50 satu pkt.. huhuu

--------------------------------

Ada beberapa program affiliate percuma yang tidak beberapa popular kerana income yang didapati dari mempromosikannya tidak lumayan. Walaupun begitu, tiada siapa yang akan meragui kesahihan bisnes ini kerana ianya memang telus dan tiada unsur-unsur penipuan.



Satu contoh program bisnes affiliate yang aku sertai dan mungkin aku adalah antara orang yang terawal mempromosi ialah web menjual buku http://adikbijak.com. Semenjak aku mempromosi laman web ini sekitar 2006, aku dah dapat beberapa buku secara percuma daripada penebusan point dari pembelian downline. Antara buku yang pernah aku tebus secara percuma:

::Buku Cakar Harimau oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
::Buku Remeh Temeh Tentang Solat oleh Ustaz Mohammad Nizam
::21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Dato Dr' Hj Fadzilah Kamsah
::Menangani Anak Bermasalah oleh Dato Dr' Hj Fadzilah Kamsah
::Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Nasihat Luqman Al-Hakim oleh Syarif Hade Masyah

Sekarang ni aku ada nak dekat 300 orang downline dan point yg sedia ada untuk aku tebus sudah lebih Rm40.00.


Bisnes ini memang bukan durian runtuh, tetapi mendapat sesuatu yang percuma teramatlah menguntungkan. Anda patut sertai. Selain daripada anda mendapat income percuma, anda melakukan sesuatu kebaikan menyebarkan kepada awam kepentingan membaca dan mencari ilmu yang diredhai Allah. Ini link affiliate saya http://adikbijak.com

Apa itu Blog?

Humm.. terlalu banyak definisi yang boleh diberikan kepada persoalan ini. Semua jawapan yang anda fikirkan kebanyakkannya betul. Blog adalah sebuah diari peribadi, nota harian, buku 555, sejarah hidup pun betul juga. Jadi terpulanglah kepada anda. Yang membuatkan ianya sedikit berbeza ialah tentang matlamat tuan blog itu sendiri dan siapa pembacanya.

Jika anda seorang politikus, isi kandungannya tentulah berkisar tentang politik dan matlamat anda ialah menyampaikan pendapat politik atau mungkin cuba mempengaruhi pegangan politik orang yang membacanya.

Jika anda seorang pengembara, isi kandungannya mungkin menceritakan lokasi atau tempat persinggahan yang anda telah sampai. Cerita anda mungkin boleh membuatkan orang yang membaca teringin sampai ke tempat yang sama.

Jika anda seorang peniaga internet atau internet marketer, sudah tentu anda menggunakan blog untuk menceritakan produk yang anda ingin pasarkan dan sudah pasti cuba menambat perhatian pembaca untuk membelinya.

Tapi untuk memastikan apa yang anda sampaikan dibaca dan pengunjung sudi datang berulang kali, blog anda perlu menonjolkan "Character" yang positif dengan jujur. Bermakna anda perlu waras dalam berblog. Mempunyai karektor yang konsisten dan tidak keliru. Sekejap baik, sekejap jahat; sekejap cerita agama, sekejap cerita konsert rock kapak yang anda hadiri; sekejap sokong parti umno, sekejap sokong PKR. Karektor anda mudah diragui dan orang mungkin kata "tak leh pakai orang ni".

Susah ke buat Blog?

Jawapannya susah dan senang. Susah bagi yang tiada ilmu dan senang sudah tentu bagi yang tahu asas internet. Jadi persoalan berikutnya, "Susah ke cari ilmu tue?" Jawapannya senang ttthehe

Ok, saya jamin anda boleh bina satu blog asas menggunakan platform blogger selepas menonton dan mendengar hanya 2 minit video tutorial membuat blog ini.





So macammana? Mudah, betul tak? Jom, kita mula ..

Ainin Sofiya Berjaya!!

Seperti biasa, aku ambil anak aku yang sulung daripada sekolah dia setiap hari persekolahan pukul 6.20pm. Tetapi bila si Sofiya nampak van aku menghampiri sekolah, lain macam dia punya senyum. Aku maklum ngan sifat anak aku yg sulung ni, happy go lucky dan suka loncat-loncat. Tapi lain macam dia nyer loncat petang tue. Rupanya.. ada benda kat tangan dia.. macam patung je .. perasan dari jauh.




Bila Sofiya sampai kat pintu van aku, "Ayah, kakak dapat hadiah! Huh.. excited aku nak tau apa benda hadiah nye. Ooo trophy. "Pasal apa dpt hadiah ni?" tanya aku. "Sofiya menang ujian bertulis kat sekolah, syoknya terima hadiah atas pentas". Cayalah.. dari 7 buah kelas darjah 1 (dalam 200 org murid), anak aku dapat no.2 huhuuu . Power nih..


Walaupun hadiah yang dimenanginya adalah ujian Bahasa Malaysia, tapi aku ada beberapa sebab, aku bangga sangat dengan pencapaian Sofiya nih. Antaranya Sofiya ni bersekolah Cina dalam darjah 1. Korang tau la, kalau dah sekolah Cina, rakan-rakan Melayu sangat terhad. Pemahaman dalam subjek bahasa Cina sangat bermasalah. Tiada kengkawan sangat yang nak bantu sebab ramai yang tak pandai berbahasa Malaysia. Nampak janggal pulak tu sebab tak sama uniform dengan kawan-kawan Cina yang lain.

Aku ingat lagi masa 3 bulan pertama dia mula bersekolah Cina di dalam darjah 1. Sadis ada, kesian ada dan rasa bersalah hantar ke sekolah Cina pun ada. Mana taknya, balik sekolah merungut tak faham apa yg cikgu ajar. Kawan di sekolah selalu buli. Selalu kena denda sebab tak dapat jawab soalan dalam bahasa Cina. Selalu info yang cikgu berikan salah faham. Isskh memang teruk la.. Lagi sedih, bila tengok buku latihan dia banyak ujian yang gagal 0% pun banyak. Aku sampai hilang akal pulak sampai ada saat aku nak sekolahkan semula ke sekolah Melayu.

Tapi mengenangkan visi dan matlamat aku yang perlu pengorbanan dari setiap ahli keluarga, maka aku teruskan pertaruhan kritikal ini. (visi dan misi keluarga ini dirahsiakan dulu di saat ini).

Alhamdulillah selepas bulan ke 6 di dalam Darjah 1, banyak perubahan positif berlaku. Selepas menghantar tuition dan aku curahkan teknik pembelajaran yang betul serta motivasi yang mantap, keputusan amat ketara.

Exam penggal kedua Sofiya yang nombor corot pada ujian suku penggal, kini dah nombor 13 dari 30 pelajar Cina. Dulunya bahasa Cina dpt markah 20% kini dah 80% ke atas. Kalau dulu buku spelling Cina dia banyak dpt 0% kini setiap kali dapat 100%. Pendek kata .. memang bangga dan bersyukur la aku dengan perubahan ini.

Hari ini, dapat satu lagi petanda bahawa walaupun berada di dalam satu kelompok yang bukan sekaumnya, Sofiya mampu bersaing dan berjaya!. Syabas mak ngan bapak dia juga ttthehe..

Aku harap anak ke 2, si Aiman Haziq yg bertadika Cina pun dapat clone attitude dan kejayaan kakak nya.

Lilypie Kids birthday Ticker

Oleh kerana aku cuma bercuti hari raya 2 hari sahaja, maka aku terpaksa la meninggalkan kampung pada hari raya ke 3. Sampai sahaja di rumah, boleh kata semua rumah jiran-jiran orang melayu masih berkunci lagi. Semua masih bersenang-senang kat kampung.

Lepas aku settlekan urusan bisnes, pada malamnya aku pun bawa keluarga merayau untuk beraya. Leh kata semua nombor hp kengkawan yang aku telefon belum balik rumah lagi. So, macam mana nak beraya nie..?? Jadi, aku tengok kat hp aku nama-nama kengkawan dan keluarga yang dah bercucu. Dia orang ni tentu tak balik kampung kerana bila dah bergelar datuk atau nenek, rumah dia orang tentunya dah jadi host atau kampung. Cari punya cari.. dapat la satu kawan pangkat nenek yang pernah bekerja satu kilang. Lepas tu.. dah tak de lagi rumah nak pergi... At the end, oleh kerana tak de rumah nak pergi beraya lagi dan anak-anak aku dah merengek kelaporan, tetiba terjumpa satu rumah pakcik yang sentiasa buka 365 hari setahun.. huhuuu.. Alhamdullilah.

Rumah pakcik mana lagi .. beraya rumah pakcik KFC laaa... bukan dapat duit raya.. duit aku plak yang keluar.. ttthehe

2 Hari off day

aku tutup kedai 2 hari sempena cuti raya puasa. Walaupun bermakna aku dah rugi 2 hari sales utk bayar sewa hari yg aku tak bisnes ni, tp aku rasa wajib merayakan hari raya dengan ibu & keluarga di kampung sementara mereka masih ada.

Setiap kali ada iklan raya kat tv yg memberi mesej keluarga lebih utama ketika hari raya, membuat aku yakin tindakan aku tutup kedai dan beri peluang pekerja-pekerja aku bercuti ni wajar.

Kerana akhirnya wang bukan segala-galannya untuk kita seorang Islam.

Malam tadi lepas sahur, kecoh satu isi alam rumah. Bila wife aku menjerit panggil aku. Aku yang malas-malas kerana perut penuh ralib depan komputer pun terlari-lari anak ke dapor. Wife aku kata dia ternampak ada ekor di sebalik dinding kat dapor tue. Aku syak mesti ekor tikus. Dengan confident aku pun melompat menyergah makhluk tu.. Gulpp!!.. bukan tikus aaa.. ULARRR! Tapi tak le besar.. ular hitam besar lidi jer.. Walaubagaimanapun membuatkan aku panik juga. Usaha menangkap gagal, kerana kelicikan ular itu menyelinap keluar rumah melalui pintu dapor. Alhamdulillah, apa-apa pun selamat dari sebarang bencana kepada keluarga terutamanya anak-anak.

Memang ada serabut juga kat bawah sinki tu dengan botol-botol plastik yg wife aku kumpulkan untuk kitar semula. Ada juga kotak2 magerin yg aku tingkatkan kat dapor tu. Lepas peristiwa ular tadi tu, timbullah keinsafan kami laki bini untuk membuat housekeeping yg tertunda beberapa ketika akibat kesibukan. Maka operasi housekeeping pun bermula.

So inilah hasilnya, penuh satu van dengan kotak-kotak yang aku kumpul kat luar rumah.
Aku pun pack semua barangan, terus la ke pusat barangan terbuang dekat2 sini. So hasil jualan, amatlah lumayan. Dengan satu van sarat dengan kotak, plastik dan tin kosong, aku mendapat RM25.90 dengan mudahnya.. ttthehe

Kalau korang perasan, sekarang ni trend mencari barangan terpakai untuk dijual semula dah jadi satu profession yg sungguh lumayan. Tak payah sebarang sijil, kursus, contact dan boleh dapat RM100 atau lebih sehari. Kekadang pendapatan pengutip barangan terpakai ni hidup lebih mewah dari orang yang kerja bergaya di pejabat. Dan korang tau kenapa sekarang ni, masalah kecurian kabel elektrik TNB semakin berleluasa walaupun kerja mencuri kabel ni boleh mengakibatkan kematian? Cuba lihat harga sekilo tembaga kabel elektrik kat senarai di bawah!

Sekarang korang faham la..kenapa nyawa lebih murah dari kabel tembaga!!

Masyarakat sekarang ni cukup alLergic dengan aktiviti spamming atau spam. Tidak kiralah melalui email, surat atau SMS semuanya membuatkan setengah orang boleh jadi hilang akal oleh sebab ke"allergic"kannya. So elakkan la menyepam nih. Bukan sahaja email atau SMS yang kita hantar itu terus didelete tanpa membaca, malahan dibalas pula oleh sumpah-sumpah dan doa-doa laknat oleh orang-orang yang menganggap diri mereka dianiaya oleh anda yg menyepam. Bayangkan la satu email atau SMS, anda dapat satu doa laknat. Jika anda hantar 30 ribu email spam, cuba kira berapa doa laknat yang anda akan dapat??!! So, sekarang anda tahu kenapa, usaha anda yang menyepam selama ini tidak berkat. Jadi, Hantar email atau SMS kepada kenalan yang mengenali anda SAHAJA!!

Aku nak kasi tips mempromosi guna SMS bagaimana mengelakkan kita terberi spam kepada orang yang tidak mengenali kita. Bagaimana? Macam ni..

Sehari kita hidup, kita akan jumpa ramai orang yang kita kenal.
Selalunya kita tegur dia orang, dan kita berbual tentang sesuatu.

Step 1. Save draft dekat handphone anda dengan skrip-skrip seperti ini, "Income mudah hanya dengan jari. Baca info lanjut di http://mymode-income.blogspot.com. Manan."

Step 2. Bila terjumpa kawan atau kenalan yang kita kenal, tegur kawan tu dan beritau dia yang kita ada peluang bisnes baik utk mereka ceburi. Tak payah cari orang atau ada downline untuk dapat untung.

Step 3. Beritau dia, kalau nak tau pasal bisnes ini hanya perlu baca info dekat website bila dia free.

Step 4. Minta dia nombor handphone (walaupun anda telah ada save nombor handphone dia, tetap minta dia beri ketika itu juga), hantar draft SMS promo ke nombor handphone kawan anda ketika itu juga.

Step 5. Dia pun akan baca ketika itu juga dan kita remindkan dia untuk lihat laman web pada SMS yang kita hantar dan hubungi kita semula kalau tak faham dan perlu penjelasan lanjut.

Step 6. Kita beredar.

Dengan teknik power diatas, satu doa laknat pun korang tak dapat. ttthehe

Cubalah, Insya Allah cara ini berkesan sebab sy dah berkali-kali berjaya melakukan..

Selalulah ikuti blog ini untuk mendapat tips-tips efektif.

Hari ni hari ahad. Memang sibuk kat kiosk. Aku kerja dari pagi kat kiosk dengan 2 lagi crew untuk layan pelanggan. Letih pun ada, bosan pun ada. Walaupun bulan puasa tapi sales ok je, sebab market aku bukannya Melayu sangat. Boleh kata 50% market Chinese. Jadi pelanggan aku hari ni ramai Chinese + Wanita Melayu Uzur + Melayu belikan anak2 + Melayu tak dapat dipastikan ke"puasaan"nya. Aku tak berhak la nak tanya puasa ke tidak. Sebab kedai aku bukannya kedai makan yang di orang beli dan makan kat situ. Tu dah salah. Kedai aku cuma kiosk yang serve all take away order je. Dia orang makan terus atau dia orang bawa bekal berbuka, aku pun tak tahu. Wallahualam.

Oleh kerana kebosanan hari ini, ngam2 sorang lagi staff part time datang pukul 6pm, aku dengan senyap-senyap telah meninggalkan tempat kerja dan pergi bersama family ke Tesco Extra Plentong. Bukan ada agenda atau barang khusus nak beli. Dan aku pun tak kisah pasal shopping raya pun. Cuma aku nak sedikit masa dengan keluarga.. dan aku rasa mereka berhak untuk mendapatkannya.

So, tumpuan kami sebenarnya cuma nak pi makan je. Jadi lepas window shopping ala kadar dalam Tesco, aku cadangkan kat anak-anak aku untuk makan kat Restoran Makanan Segera BBQ-Chicken Koreas 1st Chicken Restaurant. Jommm menderu dia orang berlari pergi ke restoran tu. Sebab ini bukan pertama kali aku pergi situ, ini kali ke 3 aku makan kat situ.

Dibandingkan restoran fast food lain, aku rasa BBQ-Chicken ni ada keunikannya. Yang paling ketara, penggunaan Olive Oil dalam gorengan ayam dan masakannya. Aku rasa semua orang patut cuba ayam dia. Banyak khasiat minyak zaitun ni dibandingkan dengan minyak biasa.

Pilihan menu kami malam ni ialah

Korean Charbroiled Family Set
8 pieces of tender leg meat, marinated in a natural sauce made of 30 secret ingredients then roasted first with hardwood charcoal, followed by roasting on earthenware. Definitely a must try at BBQ Chicken. Complete with golden fries and coleslaw.
RM 44.00 (total RM50.60 + all charges)

Memang best ayam ni, rasa macam ala-ala satay sebab ayam nya di grill. Manis.. Tak de tulang, maka senang je aku telan. Anak-anak pun senang makan. Dulu pernah tukar menu lain, tapi tak de la sesedap dengan Korean Charbroiled nih.

Gambar kat atas ni, gambar sebelum. Dan kat bawah ini gambar selepas. Hahhaaa.. licin beb.. dibelasah oleh anak-anak aku. Weh memang sedap la.. elok yg mana tak pernah rasa tu, cuba lah sekali... mesti terasa nak lupakan KFC ngan McD.

Aku nak cerita pasal anak aku no. 2 Aiman Haziq. Sekarang ni masih tadika Cina. Leh tahan aa aktif. Cuma cakap dia pelat lagi. Kekadang tak faham apa benda dia cakap. Lelebih lagi bila dia cakap Cina. Huhuu.. Nasib baik Kakak dia pun sekolah Cina darjah satu. Dia lah melayan si Aiman nih.

Gambar kat bawah ni aku snap masa family trip cuti sekolah bulan Mei 2008 yang lepas. Kami travel ke Melaka dengan KL dalam 3 hari stay kat Hotel Seri Malaysia, Melaka. One of the day, kami pi KL naik Komuter je dari Seremban. Malas aku nak drive ke KL, sebab aku bukan nya mahir sangat jalan KL nih.

Perggh.. lepak sesangat!. Sebab masa tu aku travel dengan satu newborn yang baru 30 hari. Bayangkan la dengan baby kecil berpanas turun naik komuter dan LRT untuk pergi ke KLCC. Dia nyer lepak, dari kul 8 pagi dan sampai pukul 11 malam masih dalam komuter lagi untuk sampai ke Seremban. Sampai hotel kat Melaka dah pukul 1.00 pagi.

Sampai Aiman pun ikut suka hati dia je, tido dalam komuter. huhuhuu

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

Top Up Modal Secara Online


Semalam MyMode umumkan kemudahan me'topup' myecash atau modal melalui online. Satu kemudahan yang tersangat diharapkan oleh ahli-ahlinya. Dah bertahun-tahun usul ni dikemukakan, baru sekarang dapat dilaksanakan.

Kalau lah benda ni dpat diadakan dari dulu lagi, lebih senang aku nak maintain motivasi downline. Aku pun faham, kepayahan nak mentop up modal kat ATM. Bukan sahaja masalah malas, masa, parking, minyak, hujan, ribut semuanya antara alasan yg membuatkan orang jadi malas aktif.

So, alasan yang aku tulis kat atas ni dah tak de. Mari kita aggresifkan diri menambah income dengan MyMode.

Link Website
1. Untuk pemegang akaun CIMB, sila masuk melalui CIMB Clicks
2. Bagi pemegang Maybank dan lain2, sila masuk melalui CIMB Online Bazaar

Cara menggunakan website untuk top up modal.
1. CIMB Clicks
2. CIMB Bazaar

Caj
1. CIMB Clicks: RM1 ditolak dari MyEcash akaun
2. CIMB Bazaar: RM1 ditolak dari MyEcash akaun

Network Camera Installed!


Selepas beberapa kali disabotaj oleh staff sendiri dan juga pesaing terdekat, aku ambil keputusan untuk invest satu network camera letak kat kedai aku. Walaupun investment ni besar, nak dekat RM2K (fixed line + wiring + streamyx + camera + modem + etc), aku rasa berbaloi utk melegakan perasaan dan hati aku. Rasa tenang sket nak tido malam ttthehe..

Cuma ada satu masalah pulak nak fikir. Janganlah pulak Network Camera aku kena kebas pulak.. Aku kena fikir macam mana nak lock atau buat casing yang orang tak leh curi camera aku tue. Walaubagaimana pun, satu CCTV Mall telah difokuskan ke kiosk aku selepas aku komplen kiosk aku disabotajkan oleh malaun yg tak jauh jaraknya dari kiosk aku. Jahanam..


Tengah aku sibuk-sibuk menggode blog aku ni, datang la anak aku yg outspoken dan all times busy body ni. Malas kengkadang aku nak layan dia nih bercakap. Kalau aku tak layan, dia mesti tak puas hati. Mesti dia tepuk-tepuk badan ngan cucuk-cucuk perut aku. Tu yang buat aku nyerr kefokusan terganggu.

Tapi dia ni best.. leh buat lawak.. Lupa lak nak introduce. Nama dia Ainin Darwisyah. Panggil Syah atau Darwiss je. Ni gambar dia suh aku ambik laa.. kalau tidak, berdiri la kat tepi aku ni yang tengah berlenggeng bertuala jerr.. ttthehe

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

2nd Warning Letter

Aku bengang betul hari ni. HQ call dia kata ada terima surat dari mall yang aku berniaga tu. Kali ni 2nd warning sebab aku telah menggunakan space diluar kawasan sewaan secara haram.

Hantu betul la.. padahal masa aku dapat 1st warning lagi, aku terus call mall punya in-charge untuk tambah kawasaan sewaan lagi 2 kaki dan aku bercadang untuk bina satu kabinet kat belakang tu supaya lebih kemas.

Hal ni pun aku ada cerita kat in-charge tu.

Cubaan lagi sekali...

Salam.. hari ini aku nak cuba buat blog peribadi lagi sekali.

Aku pun tak tau la..ni kali ke berapa aku cuba buat blog peribadi secara serius. Lebih dari seribu kali kot. Tapi aku rasa cubaan aku tu masih tidak setanding dengan usaha Thomas Edision mencipta mentol beratus ribu kali. Jadi aku pun rasa nak mencuba lagi. Harap2 banyak la idea dan isu-isu yang boleh aku tuliskan dalam blog aku untuk kali ini.


Recent Entries

Recent Comments

Recommended Money Makers

  • MyMode Bisnes Prepaid